03 October 2016

Tempat Jogging Kena Kuarantin


3 Oktober 2016.

Dah masuk hari ke tiga dalam bulan Oktober 2016 baru tulis satu entri. Hari Jumaat lepas balik dari berkursus 3 hari dalam Melaka, terus badan rasa tak sedap. Tetiba selsema dan kepala jadi bengang semacam.

Hari Sabtu lepas suami pergi kerja, baring terlepek kat sofa ruang tamu tak boleh buat apa. Nak bangun lama sikit buat kerja, tapi kepala rasa berat dan nak jatuh balik. Usahakan juga kemas apa yang patut. Mesej suami bagitahu badan dah demam mengigil. Suami suruh makan panadol tapi aku reject. Seboleh-bolehnya aku tak nak ambil panadol dalam keadaan aku yang 50-50 ni. Bisa mencucuk-cucuk satu badan. Balik kerja, suami belikan makanan di pasar malam sebab aku memang tak larat nak bangkit dari katil. Aku berselubung bawah selimut, berpeluh-peluh nak legakan panas badan. Minta suami belikan air 100 Plus, bancuh dengan air kosong untuk pulihkan tenaga.

Alhamdulillah semalam (Ahad), badan dah cargas semula. Boleh mengemas dan memasak sepanjang hari.

Tetiba kawan sepejabat forwardkan gambar surat yang Pejabat Kesihatan Melaka keluarkan tentang kes JE yang dikesan berpunca dari Hutan Rekreasi Ayer Keroh; tempat biasa kami suami berjogging. Alamak!! Dah ada 1 kes...dan kalau baca isi surat tu, pesakit JE tu adalah diantara mereka yang sering berjogging di situ. Cuak pula dibuatnya.

Baru ingat nak ajak suami sambung berjogging esok disitu tapi bila dah jadi kes macam ni, kenalah cari lokasi alternatif lain untuk beriadah lepas waktu kerja kami. Mungkin nak cuba survey Stadium Tun Fatimah di Semabok pula jika kes ni masih belum selesai.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)