06 September 2016

Larian 10KM Bulan September 2016


6 September 2016.

Apa-apa pun, sorrylah pada yang kebelakangan ini dah muak setiap kali jenguk blog ni....asyik la memanjang tunjuk bacaan aplikasi Strava larian aku. Agak-agak bosan dan jelik, bolehlah tutup tab browser kat penjuru atas belah kanan tu ye? Ai tak kisah, huhuhu...


Petang tadi alhamdulillah selesai melaksanakan 10KM virtual run yang berbaki lebih kurang 4KM. Ini adalah virtual run kedua kami suami isteri bagi dua bulan terturut-turut. Dan dah selamat disubmit kepada urusetia untuk proses medal collecting.




Hurm...semalam juga gatal tangan register The Running Diva Malaysia yang akan dibuat pada bulan Oktober di Putrajaya untuk kami suami isteri. Ni semua sebab gelabah lepas tengok status entri terkini organiser yang mengatakan pendaftaran TRDM dah hampir 96% penuh. Terus kami daftar cepat-cepat lewat malam tadi. Kami ambil kategori Glamour Run 3KM sahaja...belum mampu nak join 10KM Diva Run secara normal run...kalau 10KM Diva Run tu jenis virtual run...inshaAllah akan diusahakan...huhuhu!

Event normal run yang terdekat bulan September ini adalah untuk AXA Hearts In Action Run 2016 di Cyberjaya di mana kami suami isteri ambil bahagian dalam kategori 6KM....bismillah!

1 comment:

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)