02 August 2016

Corat Coret Syawal 2016

2 Ogos 2016. 28 Syawal 1437H.

Ok, sambung balik corat coret kenangan Syawal tahun ini dalam entri baru blog ini.


1. Tahun ini kami adik beradik berkumpul bersama-sama pagi raya 1 Syawal. Semua lengkap kecuali Bangah dan famili yang memilih untuk beraya di Brunei. Penuh gambar kan? Kalau masuk famili Bangah, lagi meriah penuh 1 frame. Tahun depan inshaAllah bangah balik beraya di Malaysia, aku awal-awal dah cadangkan dalam group adik beradik nak ajak bergambar studio. Semoga impian kami tercapai tahun depan.


2. Tahun ni Along cadangkan menu 1 Syawal konsep potluck. Masa hujung-hujung Ramadhan, Along dah siap-siap bahagikan tugas dan menu apa yang perlu kami adik beradik perempuan ni masak.
- Along : Nasi arab dan side dishesnya
- Alang : Ayam masak merah
- Ateh : Kuah kacang
- Ai : Rendang daging, ketupat
- Anur : Rendang hijau paru & lemang



3. 23 Julai 2016 / 18 Syawal 1437H. Alhamdulillah, tahun ni diberikan rezeki lebih untuk organise open house untuk adik beradik, sedara mara terdekat dan khusus untuk staf di pejabat. Menu yang aku masak sendiri di rumah; Ketupat, rendang ayam, rendang daging, puding triffle dan makaroni goreng ayam manakala menu mee bandung, mee sup, satay ayam dan daging aku tempah. Syukur, ramau yang datang, kawan-kawan lepak kat rumah sampai pukul 12.00 tengah malam layan tengok tv sambil berborak.


4. 25 Julai 2016 / 20 Syawal 1437H. Jamuan hari raya peringkat bahagian. Konsep potluck juga, aku awal-awal dah lock tugas beli dan sediakan lemang. Hehehehe...alhamdulillah laku keras lemang kali ni. Memang licin habis.


5. Puas berjalan raya secara konvoi dengan sesama staf yang sekepala. Seorang lead, asal ada je yang sudi buat open house atau makan-makan, kami follow dan on je. Huhuhu...


6. OOTD sepanjang hari raya pertama sehingga raya ke empat. Memang dah jadi trademark raya dengan jubah sejak dari tahun 2013/2014 kalau tak silap.


7. Hahahaha...aksi wajib kami tiga beradik setiap selang beberapa tahun raya. Aku, Kak Lang dan Adik Bongsu yang doktor tu. Entah sampai bila la masing-masing larat layankan pose ni kan?

8. Alhamdulillah bulan Syawal ni semua puasa ganti (2 hari) dan sunat Syawal dapat diselesaikan. Kebetulan juga dapat merasa pengalaman puasa hari putih (13,14 dan 15 haribulan hijrah).

9. Soalan cepumas? Hahaha.....memang ada, tak lepas tapi kita ambil positive side. Kebanyakan yang bertanya tu semuanya pangkat-pangkat mak sedara. Mana yang boleh aku jawab dengan disulami lawak, memang gelak je masing-masing dengar jawapan aku. Ada sekali tu, masa beraya di rumah mak sedara belah arwah mak, masa bersalaman dicuitnya dan diusap perut.."Dah ada isi?" Aku sengih je.."Tengah mengandung ni...mengandungi LEMAK" Kih kih kih..

Ada juga yang bertanya macam nak gaduh (ni sedara belah arwah Abah), tanya dah berapa tahun berkahwin dan kenapa masih belum ada anak? Sedangkan yang bertanya tu pun dulu sejarahnya 4 tahun berkahwin baru ada zuriat! Pelik kan? Memula tu macam nak termood down je, suami pun perasan tapi lepas tu aku ambik ringan je percakapan mak sedara tu, aku gi makan kuih raya kat rumah dia banyak-banyak...hahahaha

Oh ye...ada mak sedara belah suami, masa kami berkunjung di rumahnya, sempat bertanya perkembangan usaha kami suami isteri. Dia ada lah bertanya ada masalah apa-apa ke kami berdua ni. Dah orang bertanya baik-baik kan? So, aku ceritalah lebih kurang usaha kami tahun ini, dan juga ceritakan apa masalah di pihak suami. Even keluarga mertua ada sama, tapi aku bercerita dengan nada perlahan, takde niat nak malukan belah suami, cuma sekurang-kurangnya aku lega bila mana mereka tahu kami berdua masing-masing ada isu kesihatan yang perlu ditangani. Oh ye, satu lagi mak sedara suami siap suggestkan rawatan alternatif aromaterapi pada kami (usaha TTC terkini kami suami isteri sekarang).

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)