19 July 2016

Makaroni Goreng Daging


19 Julai 2016.

Hari ini hari ke-2 berpuasa sunat, jadi malam tadi dah siap-siap masakkan makaroni goreng daging ni untuk menu berbuka petang nanti. Dah beberapa hari berbuka dengan nasi, takut suami jemu dan bila fikirkan kelam-kabut menyediakan sayur tumis air, tanak nasi dan panaskan lauk sebaik sahaja sampai di rumah...jadi aku ubah selera masak makaroni pula kali ni. 

Macam biasa, sesi testing makanan sebaik sahaja selesai memasak oleh encik suami...nama je testing, tapi habis 2 pinggan dia makan. Huhuhuhu.....

Bahan-bahan:

3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
* bawang putih dan bawang merah ditumbuk/dikisar
2-3 sudu cili blend
1 sudu teh garam
Cukup rasa
3-4 sudu tomato sos maggie
2-3 sudu tomato paste 
Daging yang dipotong kecik / daging kisar
1/2 batang lobak yang dipotong dadu
Sedikit air masak
Spiral pasta (pilih yang 3 warna supaya nampak lagi menarik)
Sedikit minyak zaitun
3 sudu minyak masak

Cara memasak:

1.  Isikan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga garing.
2.  Masukkan cili blend dan goreng hingga garing.
3.  Masukkan garam dan cukup rasa.
4.  Kemudian, masukkan tomato sos dan paste tomato dan kacau hingga sebati.
5.  Masukkan daging, goreng sehingga daging masak empuk.
6.  Kemudian, masukkan lobak tadi, dan masukkan sedikit air untuk empukkan sedikit lobak.
7. Kacau hingga masak. Padamkan api, biarkan sekejap untuk sediakan pasta spiral.
8.  Rebus pasta dalam air mendidih dengan sedikit minyak zaitun.
9. Buka api pada perencah tadi, masukkan spiral dan kacau sehingga sebati.
10. Tutup api, dan boleh dihidangkan.


Gambar makaroni goreng daging masa arwah Mak masih ada.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)