05 March 2016

BBW 2016 : Makin Tak Menarik


5 Mac 2016.

Punyalah sibuk, sampaikan cerita Sabtu lepas Sabtu ni baru dapat masukkan dalam blog. Oklah, seperti biasa setiap tahun tak pernah miss ke Big Bad Wolf di Melaka. Beberapa tahun lepas, memang excited setiap kali ke BBW...ada sahaja buku menarik aku jumpa dan beli.

Cumanya sejak setahun dua ni, tahap excited tu dah makin merudum tambah-tambah lagi buku-buku yang dijual tak menarik perhatian aku. Buku-buku di seksyen kesihatan makin kurang, tinggal 1 seksyen je dan recycle setiap tahun. Buku-buku untuk kanak-kanak banyak le. Tahun ni aku beli sebuah buku je...itu pun buku memasak resepi simple "The Australian Women's Weekly Bake & Cook With Kids".

Satu je yang masih menarik perhatian aku untuk wajib datang ke BBW; kemeja t-shirt BBW. Setiap tahun kan ada sahaja design baru t-shirt BBW ni. Jadi macam biasa kami beli 2 helai untuk pakai bersama suami isteri. Jangan-jangan tahun depan datang ke BBW semata-mata nak beli t-shirt je.....huhuhu!

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)