05 February 2016

Mini Lunch Box : Tomyam Campur


5 Februari 2016.

Misi berjaya!
Pagi tadi sebelum ke pejabat, sediakan bahan nak buat tomyam dan masukkan siap-siap dalam bekas tupperware. Hari Jumaat kan hari tanpa dating dengan suami, jadi disebabkan malas nak keluar pejabat dan nak rehat kat pejabat, tu yang bersemangat nak memasak kat pejabat je.

Semerbak pulak satu pejabat dengan bau tomyam...huhuhu!
Nasib baik staf kat pejabat ramai yang keluar rehat tengahari. Sambil makan, sambil layan tengok filem lama kat Youtube. Alhamdulillah, kenyang. Heavennyer rasa~


Comel je bekas mini lunch box ni kan? Lagi kecil dari bekas tupperware warna oren tu.

P/s : Jumaat depan dah boleh fikir nak masak apa kan? Hurm....

4 comments:

  1. best nya tomyammm... dap dap.. td akk pun lunch tomyam.. beli kat cafe la tapi..hikhik..
    tak best pun kalau beli. takde sayur.. pehapa tah (T____T)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu Yani masak sendiri tomyam KekDa, suka hati nak letak berapa banyak sayur dalam tu...kalau kat kedai mmg tak dapat yang ikut selera kita...sekali senduk, yang keluar daun serai dengan bawang je...kan?

      Delete
  2. Amboi... Fresh tu masak kt opis 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe...macam main masak2 je kat meja sendiri....semua alat comel lotey....tapi memang puas hati la dapat masak sendiri lauk lunch.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)