05 October 2015

Borong Buku Di MyCyberSale



5 Oktober 2015.

Minggu lepas, sekali lagi ada promosi jualan buku MyCyberSale yang diketahui melalui FB, so aku rebut peluang borong buku...lagi! Huhuhuhu.....setelah saringan sebanyak beberapa kali, akhirnya aku memilih untuk membeli 9 buah buku yang sememangnya setiap kali ke kedai buku aku dok idam-idamkan nak beli. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga miliki dengan harga yang lebih murah. Memang puas hatilah dapat cari masa jualan macam ni. Ada juga beberapa buah buku yang aku beli tempohari melalui Atie, aku dapati dijual dalam promosi jualan kali ni tapi dengan harga yang lebih tinggi, jadi berbaloi la beli masa promosi jualan stok yang dibuat dulu tu.



Alhamdulillah, tenghari ni parcel Galeri Ilmu dah sampai di pejabat, seronok sungguh nak buka kotak parcel tu! Ada dua buku yang aku suruh suami pilih sendiri , khas untuk hadiah hari jadinya tak lama lagi.




Hampir RM100 juga perbezaan harga kalau beli dengan harga pasaran semasa dengan harga semasa jualan MyCyberSale ni.
 

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)