15 September 2015

Borong Buku-Buku Galeri Ilmu

15 September 2015.

Hari ni hati berbunga-bunga bila terima parcel yang sampai ke meja pejabat. Apa-apapun nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada member TTC (Atie Nash) yang sanggup tolong belikan koleksi buku-buku Galeri Ilmu di Jualan Penghabisan Stok pada hari Jumaat lepas. Harap tak menyusahkan Atie ye; dah la minta belikan lepastu minta poskan pula ke Melaka. Antara sebab kenapa aku nak sangat beli buku-buku ni...haa...meh tengok perbandingan harga antara harga semasa pasaran atau di kedai buku dengan harga yang ditawarkan masa jualan penghabisan stok ni...jauh beza kan? Huhuhu, haruslah aku rebut peluang beli masa ni.


Berbaloi luangkan lebih masa untuk teliti setiap gambar buku-buku yang Galeri Ilmu kongsikan dalam FB Page mereka, ada antara buku-buku ini memang aku dah lama idamkan nak beli, ada juga yang baru pertama kali tengok. Jadi, aku google sinopsis buku-buku ni dan baca rebiu yang orang lain pernah baca lepas tu baru aku decide untuk beli. Selain buku-buku ini, Galeri Ilmu juga ada jual koleksi terdahulu majalah Anis, Asuh dan Q&A dengan harga yang sangat-sangat murah (RM1 sehingga ke RM3 senaskhah), tapi memandangkan aku memang dah langgan majalah-majalah ni jadi aku skip la.



Seronoknyaaaaa~

P/s: Masa terima parcel ini kat pejabat, ada mulut-mulut yang bertanya "Akak ada masa ye baca buku banyak-banyak ni? Orang (dia bahasakan diri dia orang) tak de masa nak baca, tak minat baca buku" Aku senyum je sambil jawap " Dah memang minat membaca dari dulu" Dalam hati aku tambah ayat "Allah SWT beri rezeki masa yang lebih untuk aku luangkan masa membaca, Allah SWT beri rezeki anak kat ko untuk dijaga....fair and square kan?" Huhuhu....

2 comments:

  1. ya hampunnn... tanjat kakak tau.. penuh satu kotak.. heheheee..
    tahniah sbb berjaya juga membeli akhirnya.. bila nak abiskan baca tu???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheheheh....banyak kan? Nafsu memborong sebab fikirkan lepas ni sure tak jumpa harga semurah ni kat luar tu. InshaAllah boleh habis baca ni KekDa...tu buku "U-Turn Ke Jalan Lurus" tulisan Ustaz Zul Ramli pun ada borong gak tu.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)