24 August 2015

Pesona D'Zahra : Kuasai Pemikiran Kita

24 Ogos 2015.

Alhamdulillah...dapat peluang mendengar sambil memandu balik dari mesyuarat di luar tadi.

Terkesan dengan ayat Ustaz ..."Orang yang banyak mengeluh, ia adalah orang yang membuka pintu kepada syaitan". Jangan banyak ber"kalau" dalam hidup.

1. Kuasai gambaran/pemikiran kita sendiri.
2. Kita kadangkala tak perasan nikmat yang Allah SWT dah beri pada kita, sebab kita kurang bersyukur. Contoh: Mak ayah kita ada penyakit gout/sakit, tapi kita sihat. Mungkin itu atas kebaikan kita menjaga kedua ibu bapa kita yang Allah SWT beri pada kita.
3. Seseorang tu kalau ada iman dan roh, inshaAllah di mana-mana pun dia berada, dia teguh tak terpengaruh dengan unsur di luar. Cth : Ikan yg ada roh/hidup, walaupun duduk dalam air masin, tubuhnya tak menjadi masin pun. Tapi bila ikan sudah tiada roh/mati, letak garam sekejap pun akan menjadi ikan masin.
4. Duduk dalam suasana yang baik, akan beri persekitaran yang baik pada diri kita.
5. Kalau nak jadi baik (ubah diri), kena tahu apa kelemahan diri kita (sifat mazmumah). Ada 5 golongan yang boleh tolong ubah diri a) Guru b) Orang bijak sana c) Keluarga atau orang yang sayang pada kita d) Kawan e) Musuh kita

Kebetulan di FB IKIM tadi ada hamba Allah yang rajin menyalin nota ceramah. Setiap minggu kalau terlepas menyalin nota, mesti aku rujuk posting entri hamba Allah ni. Syukur alhamdulillah ada yang baik hati luangkan masa menyalin nota a to z.

Ust Muhammad Abdullah Al Amin
Pesona DZahrah

Kuasi Pemikiran Kita
Isnin 24hb Ogos 2015
*******************************************
^Dgn limpah rahmat-NYA kita masih di dlm lingkungan majlis ilmu (dgr ikim.fm).
^Manusia (kita) berfikir melalui gambaran-gambaran yang ada di dalam fikiran kita.
^Quraan (tarbiah) mengajar kita tentang kelebihan-kelebihan sesuatu amalan (juga keburukan sesuatu amalan)
^Ia membentuk gambaran-gambaran (juga hadis-hadis)

Surah Yusuf, Ayat 3:

نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ أَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ هَٰذَا الْقُرْآنَ وَإِن كُنتَ مِن قَبْلِهِ لَمِنَ الْغَافِلِينَ

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya.

^Kesimpulannya, org baik, akan dapat baik (dibela oleh Allah) dan org jahat akan diazab.
^Manusia...............jika nak jadi baik, perlu banyakkan
gambaran-gambaran yg baik (cara melihat kehidupan)(Soleh Musleh) cth : suami/isteri yg baik & anak2 yg baik akan dapat gambaran-gambaran yg dijanjikan oleh Allah.
^Kenapa Solat?.............kerana akan dapat ketenangan (digambarkan dlm Quraan).
^Begitu juga sebaliknya.................org yg jahat akan banyak
gambaran-gambaran yang jahat di dalam pemikiran mereka. {(Al Hijri 39)}cth : hisap rokok nampak 'macho' (nampak dewasa).
^
Gambaran-gambaran yang tak baik (ditiup oleh Syaitan) inilah yang akan mendorong manusia melakukan kejahatan (hingga tak rasa buat jahat)(tak rasa derhaka terhadap ibubapa)
^Manusia dibentuk melalui
gambaran-gambaran.
^Macam mana nak bentuk gambaran (kuasai pemikiran kita)? (sangka2 akan mendatangkan dosa)
^Ada 3 perkara :-
●1. Gambarkan (fikir/lihat) benda2 baik melebihi dari yg tak baik.
- kita akan nampak benda yg kita nak lihat (lihat baik nampak baik)(lihat jahat nampak jahat).
- pilihlah untuk melihat benda2 baik cth : lihat suami/isteri pada perkara-perkara yg baik.
- disebalik yang susah pasti ada kesenangan
- jangan membuka pintu-pintu syaitan (banyak mengeluh apabila lihat benda-benda yang buruk)

●2. Usahakan untuk diperbaiki benda-benda yang buruk.
- setiap kesusahan pasti ada jalan keluar (Ayat 1000 dinar)
- percaya akan janji-janji Allah SWT.
- yg besar bukannya masalah itu, tetapi jalan keluar tersebut (kena cari)(itulah yg paling besar).
- yakin BOLEH, kerana manusia adalah sebaik-baik kejadian.

●3. Gambarkan janji-janji (baik/pahala) Allah
- janji Allah sentiasa benar
- islam adalah agama dunia dan akhirat (balasan di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat)

^Kenali kelemahan diri untuk perbaiki diri (muhasabah)(5 golongan yg boleh bantu.......guru, org bijaksana, org yang sayang kita, kawan baik kita dan musuh kita)(rujuk nota2 lepas)
^Bersangka baik itu digalakkan di dalam islam, tetapi berhati-hatilah dgn tipu daya manusia (org2 munafik)

Kesimpulan
Ciri-citi org Soleh adalah TENANG dalam apa jua keadaan.
Kuasi pemikiran kita supaya kita tak terkesan dgn suasana sekeling kita
Tak luak di puji tak mati dikeji (falsafah org dulu2)
Niatkan yg baik-baik, InsyaAllah........Allah akan perbaiki hidup kita.

Mudah-mudahan ada manfaatnya
Mohon maaf jika ada kesilapan di dalam mencatit.

Al Faqir
Dzul Alias
9 Zulkaedah 1436H

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)