26 August 2015

Kudapan Waktu Senggang


26 Ogos 2015.

Mentara banyak buah-buahan dalam fridge ni, dapatlah buat salad buah-buahan untuk kudapan waktu senggang. Campuran 2-3 jenis buah, kekacang dan yogurt/dressing salad buah. Musim-musim hujan ni, perut cepat lapar kan? Kat pantry pejabat ni ada je balang-balang baki kuih raya yang staf ofis, tapi takkan la nak dok kunyah sugary cookies kan? Tambah kalori kot...

Selain tu bawa juga buah avocado untuk kudapan belah petang nanti. Setakat ni, aku tak ada masalah untuk makan avocado macam tu je. Tak blend dengan susu kambing, atau blend dalam shake herbalife. Sedap la pulak kan. Rasa lemak-lemak creamy dia tu nyummss....tapi, harga sebekas avocado beli di AEON dah naik la. Haritu beli sebekas ada 3 biji RM16++....kelmarin beli tengok harga dah naik RM18++.

Bertabahlah tengok harga barang sekarang makin mencanak naik. Sebab tu la aku sedang dalam proses menggantikan sebahagian besar dari makanan harian macam makanan sihat aku kepada produk lain yang lebih murah. ;)

12 comments:

  1. pagi-pagi tengok tiba-tiba rasa teringin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...ni rasa-rasanya mcm tak sempat jadi kudapan tengahari...sedap meratah je dari tadi.

      Delete
  2. memang mahal avocado skang.. kalau nak yang murah kena pi pasar malam or kat chow kit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yani beli juga semalam kat Family Store, murah sikit tapi saiz kecik la...sebiji dalam RM3.90. Kat AEON mmg standard size tapi harga mahal la..pastu takleh nak pegang/picit ..hehe

      Delete
  3. buat breakfast pun sedap ni kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, boleh juga buat jadi sarapan tapi kena tambah something carb..

      Delete
  4. kita x pnah mkn avocado! hehehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe Reha...time pregnant pun digalakkan makan, baik utk baby dan ibu. Nanti masa baby dah boleh makan solid food, puri avocado memang digalakkan untuk bagi baby makan...

      Delete
  5. bagus lahhh yani.kalo iya mmg xrajin.kikiki. >__<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena rajinkan diri sendiri,Iya...kalau ada bibik kat rumah, mmg dah suruh dia tolong sesiakan pagi2 untuk Yani...tapi skrg dah takde bibik, semua terasa nak makan mmg kena buat sendiri....huhuhu

      Delete
  6. huhuhu... i plak suka buah2 yg imported (kiwi, strawbery, anggur). memang bertabah la nak beli... seb baik manggo tempatan ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu...kalau buah-buahan macam tu sekali sekala beli ok la kot...kalau buat stok selalu, botak poket dibuatnya... ;)

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)