13 July 2015

Pesona D'Zahra : Pesanan Raya

13 Julai 2015.

Terlepas dengar siaran langsung slot Pesona D'Zahra pagi tadi, nasib baik ada hamba Allah yang baik hati menyalin semula semua nota yang disampaikan dan kongsikan dalam page FB Ikim.FM...terima kasih banyak-banyak!


Ust Muhammad Abdullah Al Amin
Pesona D'Zahra - "Pesanan Raya"
Isnin 13hb Julai 2015

******************************************

Ada 5 perkara yg akan dibincangkan sempena menyambut Aidil Fitri :-

●1. Konsep Hari Raya
* Memaparkan kegembiraan sbgai sunnah (dpt pahala) aidil fitri dan adha.......sunat utk kita raikan (syariatkan)
* boleh raikan perayaan-perayaan yg lain dgn 3 syarat iaitu :-
1. Bukan perayaan keagamaan
2. Tidak timbul unsur-unsur maksiat
3. Tiada unsur-unsur syirik

●2. Zakat Fitrah
* Zakat diri (berbeza dgn zakat harta)......semua org kena bayar (kaya atau miskin)
* 3 syarat zakat fitrah :-
1. Org Islam
2. Ada kemampuan pada malam raya dan siangnya (makan dan tempat tinggal)
3. Sempat melalui dua masa (sebahagiannya)(Ramadhan dan Syawal).

●3. Takbir Hari Raya
* Ada lima perkataan yg Allah turunkan kepada umat Muhammad SAW :-
1. Azan dan Iqamah
2. Ucapan Salam (menyuntik kasih sayang)
3. Ucapan Talbiah (sewaktu haji dan umrah)
4. Ucapan Amin pd doa (bukan perkataan arab)(khusus utk umat Muhammad)
5. Ucapan Takbir Hari Raya - sempena kemenangan perperangan Khandak (Ahzab)(pd th 5 hijrah)(1 Syawal)
* Sunat dibacakan pada malam raya (maghrib) sehingga sebelum solat aidil fitri (sehingga hari2 tasrik untuk aidil adha)

●4. Amalan-amalan Khusus pada malam raya. Antaranya
* Takbir hari raya (malam raya dari rumah ke rumah)
* Banyakkan berdoa. Ada 5 mlm-malam yg mustajab doa iaitu:-
1. Awal rejab,
2. Malam nisfu syaaban,
3. Malam aidil fitri,
4. Malam aidil adha dan
5. Malam Jumaat.
* Sunat mendandan diri sebelum solat hari raya aidil fitri (sunat selepas solat aidil adha)
* Sunat makan sebelum solat aidil fitri (sunat selepas solat aidil adha)
* Solat sunat hari raya itu sendiri (tidak wajib berjemaah)(bukan syarat sah).
* Sunat guna laluan berbeza ketika pergi balik ke Masjid/Surau
* Sunat dibuat di padang (tanah lapang)

●5. Syaitan dilepaskan (malam raya) semula selapas diikat semasa Ramadhan.
* Syaitan (ketua iblis) akan merasa marah/sedih apabila sedar ramai umat Muhammad telah diampunkan dosa-dosanya.
* Syaitan akan mula mengajak kita kepada kejahatan semula (maka berhati-hatilah ketika menyambut raya)

Mudahan ada manfaatnya.
Mohon maaf jika ada kesilapan di dalam mencatit.

Kesimpulan...
Al Faqir ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan 'Selamat Hari Raya' dan mohon kemaafan atas semua kesalahan sepanjang Al Faqir menulis nota-nota slot Pesona DZaharah.
Mudahan Allah memberikan manfaat kpd Al Faqir yg terutamanya dan kpd semua yg membacanya.
Mohon doakan Al Faqir.
Wallahuaklam.

Dzul Alias
26 Ramadhan 1436H

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)