03 April 2015

Momen Terindah Minggu Ini

3 April 2015.

Hampir seminggu tak jenguk pokok-pokok bunga arwah mak sebab keluar kerja awal pagi, balik rumah dalam keadaan hujan lebat membawa ke malam. Alhamdulillah Allah SWT turunkan hujan untuk suburkan pokok-pokok dan tanaman kat rumah tu. Balik semalam, langit mendung tapi belum hujan jadi sempatlah belek pokok-pokok bunga dan cabut rumput yang kembali naik.

SubhanAllah! Satu lagi pokok bunga orkid arwah mak berbunga 3 kuntum, besar-besar kelopoknya. Suka sangat tengok, lama pula dok belek.


Pokok pandan yang diambil bakanya dari rumah mertua di Seremban pun alhamdulillah sudah mula mengeluarkan pucuk/tunas. Aku ambil 3 batang pokok pandan dan 1 pokok bunga kantan. Satu batang pokok pandan aku beri pada adik bongsu, baki dua lagi aku tanam di dua tempat berasingan; satu atas tanah dan satu dalam pasu. Mertua lelaki kata jangan tanam dalam pasu tapi aku cuba juga tanam di dua lokasi berbeza. Nampak gayanya pokok pandan yang ditanam dalam pasu menjadi, manakala yang tanam atas tanah tu layu dan mati dah. Pokok bunga kantan inshaAllah menjadi juga setakat ini.



Masa arwah mak ada, aku tak ingat pun nak tanya apa nama pokok ni. Beberapa bulan lepas, aku terabaikan pokok-pokok ni, jadi layu dan daun kering menguning. Bila aku dah mula balik menjaga pokok-pokok arwah mak, hari-hari aku siram pokok ni walaupun pada mata kasar macam tak ada harapan je nak hidup lagi...dah togel dan tunggu daun nak luruh je. Cekalkan juga hati, aku yakin inshaAllah ada rezeki boleh diselamatkan lagi......naahhh!! Alhamdulillah....dah tumbuh tunas dan daun baru. Cantik hijau dan dari 6 pasu, 5 pasu dah kembali berdaun hijau. Haritu pergi festival pertanian, cari nama pokok ni....rupa-rupanya nama pokok ni pokok durian belanda! 


Ni lagi satu perkara yang membuatkan hati aku tenang setiap kali balik ke rumah.....anak-anak kucing 8 ekor tu dah mula lasak dan aktif. Best-best!

2 comments:

  1. cumelnyeeee kucing2 tu...gerammm!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...bising bila masing-masing berebut nak keluar dari sangkar...hari2 kerja Yani duduk belek 8 ekor kittens tu, lap mata sebab tak nak berselupat dengan taik mata...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)