04 April 2015

Daging Masak Kicap Pedas


4 April 2015.

Lauk hari Rabu lepas untuk bekal makan tengahari Khamis. Bila suami minta masakkan lauk daging masak kicap, memula ingat nak masak pakai resepi sedia ada; guna rempah ratus dan letak kentang. Lepas tu, cari juga resepi daging masak kicap kat YT, jumpa satu di YT KenduriTV. Resepi yang ni tak guna sepenuhnya rempah ratus 4 beradik (cuma pakai kayu manis, buah pelaga dan cengkih) dan ada letak cili kering kisar. Ok..on!

Resepi Daging Masak Kicap Pedas

Bahan-bahan:
400 - 500 gm daging batang pinang
2 sudu besar sos tomato (aku guna pes tomato)
2 - 3 sudu kicap manis
2 1/2 sudu cili kering kisar
1 biji bawang besar, 2 biji bawang putih dan 1 inci halia - dikisar bersama
1 batang kayu manis
2 - 3 batang bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1/2 cawan air
Minyak
Garam
Cukup rasa

Cara Memasak:
1) Panaskan minyak.
2) Tumiskan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) sehingga garing.
3) Masukkan cili kisar dan gaul rata.
4) Kemudian masukkan kicap manis, pes tomato dan kacau lagi.
5) Masukkan daging dan salutkan kuah pada keseluruhan isi daging itu.
6) Perasakan dengan garam dan serbuk cukup rasa.
7) Tuangkan sedikit air dan campakkan rempah ratus dalam kuah.
8) Tutup kuali dengan penutup kuali untuk 15 minit untuk pastikan daging masak.
9) Tutup api bila kuah semakin sedikit (kering) dan sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)