02 February 2015

MF2015 : 2 Miles Powerwalk & 5 Pounds Dumbell


2 Februari 2015.

Balik rumah tadi dapat buat 2 miles powerwalk Leslie Sansone dan buat weight lifting dengan dumbel 5lbs. Tak bleh la angkat dumbel 3lbs lagi...sebab dah terasa lengan baju ketat, dengan kata lain....berat dah naik! Kena angkat berat dengan dumbell yang lebih berat macam 5lbs ni.

Sementara buat powerwalk, sempat download ebook Women's Health edisi Mac 2015. Huhu, advance betul majalah-majalah oversea ni, orang baru masuk bulan Februari dia dah keluarkan edisi Mac. Lepas tu go thru sekali imbas ebook tu, Britney Spears jadi cover majalah ni. Aku dengan suami cuba buat step workout yang Britney amalkan; kitaorunk cuba buat "Superman". Bhahaha.....senak perut dan kejang kaki dibuatnya.

Owh..ade satu info kajian pasal aktiviti berjalan sejauh 12miles (lebih kurang 20km) seminggu dapat mengurangkan 40 peratus potensi kita menderita menghidapi kanser otak. Wow.... 2 kali berjalan guna trek 10,000 langkah (lebih kurang 7km x 2 bersamaan 14km) setiap hujung minggu dan tambah dengan 3 miles (lebih kurang 5km) powerwalk....inshaAllah boleh buat!

Sementara temankan suami buat shake Herbalife malam ni kat dapur, aku buat 40 kali jumping jack. Mencungap wey....stamina mana, stamina? Huhuhu....

2 comments:

  1. nice sharing :)
    salam perkenalan & jemput ke blog nana jika kelapangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sudi singgah dan atas jemputkan ke blog awak. InshaAllah ada kesempatan Yani singgah nanti.... :)

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)