31 December 2014

Penutup Misi Disember 2014 & I'm On My Period!

31 Disember 2014.

Hari terakhir bagi tahun 2014 ni, aku dapat buat 3 fast miles powerwalk. Semalam lepas buat pipelle sampling tu, perut senak dan pinggang rasa lenguh-lenguh jadinya memang takde ler aku nak bersenam. Terlepek lemau je sepanjang hari.

Jadi, hari ni kuatkan semangat buatkan juga powerwalk sebelum tahun baru 2015. Esok kita bangkit dengan semangat lebih membara....amin! 

Hie darlings! Rindu banget sama kamu....6 bulan lebih dah tak guna kamu, kan?

Last makan ubat Provera pagi semalam sebelum jumpa doktor dan sebelum doktor suruh stop makan ubat hormon tu untuk 6 minggu. So, aturan makan ubat 3 kali sehari dah terskip 2 waktu semalam dan 1 kali pagi tadi sejak aku stop makan Provera.

Sampai pejabat pagi tadi, perut rasa senak, sebu dan macam kena sengugut. Dalam pukul 10 pagi, jumpa darah period kat pantyliner. Confirm...period! Masa tu ler baru menyesal tak ambil ubat tahan sakit yang doktor nak bagi semalam masa appointment kat GH Melaka. Aku siap sms adik bongsu minta ambilkan ubat tahan sakit untuk back-up plan kalau dah tak tahan sangat sakit.

2 comments:

  1. Kagum dengan semangat yani dalam buat aktiviti bersenam. Saya on off bersenam. x berapa nak rajin. hihi. Cuma sekarang ni rajin berbasikal dengan suami bila ada kelapangan. Nasib baik berat x naik. Maintain je...rasanya sebab amalkan minum apple cidar dengan lemon setiap hari kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbasikal? Wow....kami suami isteri kalau berjogging kat sekitar taman dan terserempak dengan orang yang berbasikal, mesti kami jeles...huhu! Teringin jugak nak ada basikal sendiri tapi banyak kali timbang tara...istiqamah tak nak berbasikal ni? Jangan pula nanti dah beli mahal2 (kena beli 2 pula tu), basikal tersadai sebab mood dah merundum...tu yg sampai sekarang niat tinggal niat je.

      Yani tak bleh kawan dengan ACV la, Ieda...pernah minum tahun 2013, tiba-tiba berat badan naik dalam tempoh dua minggu, coach Herbalife suruh stop sekejap consume ACV sebab nak monitor progress..lepas tu baru berat badan turun balik. Cuma, Yani istiqamah minum air perahan lemon setiap hari dengan teamix Herbalife.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)