04 December 2014

Misi Disember 2014 : 4 Tip Berguna Untuk Mula Bersenam

4 Disember 2014.

Jumpa artikel menarik ini dalam majalah Healthy Magazine keluaran bulan Januari 2014. Hahaha...dah nak bertemu Januari 2015 kurang sebulan lagi, aku baru berkesempatan membaca artikel ni. Takpe, tak ada masalah pun nak renew azam sihat tahun baru 2015 guna tip tahun 2014 ini, masih valid seumur hidup.


Macam kes aku ni, boleh dikategorikan "conditioned beginner - unconditioned beginner - conditioned beginner". On and off ikut mood. Bulan Oktober memang pulun bersenam, bulan November memang berhibernasi dari aktiviti bersenam (setakat jogging hujung minggu tu kira cukup syarat je). Bulan Disember onwards memang nak aktif balik bersukan dan beriadah. Tak mahu terhegeh-hegeh start di awal bulan Januari 2015 nanti, tu kira dah lambat naw dah.


Untuk proses menurunkan berat badan, dalam artikel tu tulis kena buat aktiviti bersenam sekurang-kurangnya 300 minit seminggu. Pepandailah kita susun jadual bersenam kita untuk seminggu; mungkin boleh bahagikan 40-45 minit sehari. Kalau nak buat sekali harung 300 minit (bersamaan 5 jam sehari / 2 jam 30 minit untuk Sabtu Ahad), memang aku awal-awal surrender. Aku bukan ahli sukan yang memang fokus pada aktiviti bersukan sepanjang hari, jadi kena pandai bahagi masa la. 

Sebab tu aku luangkan masa hampir 30-45 minit setiap hari lepas balik kerja untuk bersenam. Kalau hujung minggu, alhamdulillah boleh luangkan masa 45 minit - 1 jam lebih beriadah dengan suami di luar rumah. Jangan ambil mudah dengan kumpulkan semua waktu bersenam pada hujung minggu, sebab hujung minggu lah kita paling sibuk dengan aktiviti lain, ye tak? Pergi shopping la, kenduri sana sini la, outing makan-makan la. Hanya yang kuat semangat je yang boleh peruntukkan masa untuk bersenam setiap hujung minggu....huhuhu!


Setakat hari ini, aktiviti berzumba dan dance workout memang betul-betul mengerah semua tenaga tubuh badan aku. Memang pernah ambil tekanan darah lepas berzumba, sangat tinggi dan berada dalam fasa membakar lemak dan kalori. Powerwalk pun ok, cuma kena panjangkan masa bersenam dan pilih sesi powerwalk yang jenis fast miles dan menggunakan weight workout macam dumbell dan resistant band....memang peluh mencurah-curah keluar.


Zumba! Powerwalk! Jogging! Dance Workout! Strength Training!
Eh...banyak lah. Antara rajin tak rajin je. Kena selang selikan aktiviti-aktiviti tu. Kalau dok ngadap satu jenis je, nanti badan dah imun sangat. 

2 comments:

  1. Ingat lepas ivf ni nak la start balik bersenam. Tapi lemau semacam jer..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yani pun time2 hujung tahun ni kan selalu hujan je....memang rasa malasssss je nak bersenam. Tapi kena fight back perasaan malas tu, sebab kalau ikutkan juga...diri sendiri yang rugi.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)