09 December 2014

Big Bad Wolf 2014 Di The Mines

9 Disember 2014.

Kalau dah gila buku, memang gigih je kan nak naik KL semata-mata nak pergi Big Bad Wolf di The Mines? Huhuhu....sebenarnya teragak-agak juga sama ada nak teruskan niat, sebab fikirkan mesti jammed giler kat kawasan The Mines dan highway mesti jammed sebab ada perlawanan bola Malaysia - Vietnam. Tapi tawakal jer la, alhamdulillah sampai juga di The Mines dengan suami dengan tanpa sebarang masalah.


Ramainya umat manusia, macam lautan manusia dah dalam dewan konvensyen The Mines tu. Rasa mabuk tengok timbunan buku sama tahap mabuknya tengok ramai orang disekeliling. Masa tiba tu dah pukul 2 lebih, tak sampai setengah jam keluar dari dewan dengan suami dan pergi makan dulu. Tak boleh la mencari buku dalam keadaan perut lapar, memang tak boleh berfikir dengan baik. Huhuhu, lepas makan baru kami masuk balik dan kumpulkan buku-buku yang ingin dibeli dalam beg yang kami bawa sendiri dari rumah.


Overall kualiti buku-buku kali ni memang ok, cuma agak terkilan sebab seksyen kesihatan tak banyak pilihan buku-buku. Ingatkan bila go-thru seksyen tu boleh jumpa buku-buku berkaitan senaman dan diet, tapi kebanyakkan buku senaman lebih kepada yoga dan senaman berjalan kaki. Lepas tu, buku-buku diet yang ada kebanyakkan info kesihatan dan contoh senaman beberapa muka surat je, selebihnya resepi versi omputih. Alahai....

Bahagian buku kartun dan bacaan kanak-kanak memang heaven! Rambang mata bila cari buku untuk bacaan Aina. Macam-macam bentuk buku ada, warna warni dan siap ada pop-up book. Rasa macam nak beli semua.


Kat pintu keluar BBW 2014 ni ada pameran jualan poster-poster filem dan macam-macam lagi, suami dah dok belek berulang kali. Aku tak minatlah benda-benda macam ni, dari dok beli dah gantung kat rumah...lebih baik aku beli frame ayat Al-Quran dan gantung kat dinding, ada gak pahalanya bila baca. Cepat-cepat tarik suami keluar dari bahagian ni....huhuhu!


Hasil sambaran di BBW 2014 kali ini. Suami memang aim nak beli fridge magnet dan t-shirt edisi khas BBW 2014 ni.

4 comments:

  1. Best! Best! Best! Tidur dengan buku pun tak apa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu..kan? Akak sekarang ni jadikan kereta akak sebagai mini library bergerak. Memang wajib ada buku untuk jadi bahan bacaan incase terkandas dalam jammed. Sebelum tidur, layan baca buku sama ada buku hardcopy atau buku e-book dalam hp....

      Delete
  2. buku yg akak beli masa pergi tu hari pun tak abis baca lagi ni..
    tapi rasa nak pegi gak.nanti lah bebila. sbb 24 jam kan. hiwhiw.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa la KekDa...buku2 yang Yani beli aritu masa bulan 3/4 pun ade yang tak usik langsung.

      Yani pun rasa nak repeat naik KL sabtu/ahad ni...eh?! Huhuhuhu....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)