6 Oktober 2014.
Ahad (Raya Pertama)
Nekad! Tak balik mana-mana. Seremban pun tak, kampung pun tak. Moh le kita beraya Qurban di rumah sendiri je. Pagi-pagi raya bersiap dan terus ke Masjid Al-Syuhada dengan suami untuk solat sunat AidilAdha. Selesai solat, rebut peluang menyaksikan program qurban perdana yang dibuat oleh pihak tentera; 3 jenis haiwan yang dijadikan qurban iaitu lembu, kerbau dan kambing.
InshaAllah, ibadah qurban bahagian aku dah selamat disempurnakan di Kemboja. Aku ambil bahagian qurban dengan adik-beradik yang lain. Dah banyak sangat program qurban kat Malaysia ni, kita ambil peluang di negara di mana yang lebih memerlukan, ye tak?
InshaAllah, ibadah qurban bahagian aku dah selamat disempurnakan di Kemboja. Aku ambil bahagian qurban dengan adik-beradik yang lain. Dah banyak sangat program qurban kat Malaysia ni, kita ambil peluang di negara di mana yang lebih memerlukan, ye tak?
Takut-takut juga nak tengok proses qurban dilakukan, tambah-tambah sembelih di depan mata. Tapi, kita fikir secara positif, haiwan-haiwan yang dijadikan qurban tahun ini adalah haiwan yang terpilih dan terbaik untuk melaksanakan ibadah kepada Allah SWT.
Beraya di rumah sendiri (rumah arwah mak la), tak de la tak beraya langsung, cuma tak de la semeriah orang lain sambut. Balik dari solat sunat Aidiladha, baru aku rebus ketupat, masak rendang daging dan rebus jagung. Sementara tu, minta suami belikan lemang 2 batang kat tepi jalan utama.
Makan tengahari, lepas tu suami isteri tergolek kekenyangan dalam bilik. Whatsapp dengan adik beradik yang beraya di Melaka, janji nak beraya dan makan sama-sama di rumah Kak Lang lepas Asar. Nasib baik set jam loceng, kalau tidak memang terlajak la jawapnya. Ni la penangan cheatday masa hari perayaan macam ni. Tu pun baru makan lemang beberapa potong je, terus jadi mengantuk. Huhuhu...
Lepas Asar, sampai rumah Kak Lang, makan macam-macam!
Makan mee bandung, makan kuah kacang, rendang ayam, kek sunkist, nasi putih dan sambal itam. Pergh! Overloaded betul. Suami bertambah nasi putih bila menghadap sambal itam Kak Lang buat.
Ingat balik rumah nak berpowerwalk sekejap, tak dapek!
Sampai rumah dah pukul 9 lebih malam, mata dah mengantuk giler. Surrender!
Isnin (Raya Kedua)
Babysit Aina sementara adik bongsu buat lokum di klinik swasta. Tak lama pun, dari pukul 9.00 pagi sehingga jam 1.00 tengahari. Aina demam dari malam Ahad tu, masa singgah hantar lauk kat rumah adik. Pagi Isnin, sampai rumah arwah nenek rasa dahi dah kurang sikit panas badannyer.
Suami layankan Aina makan nasi lemak, temankan dia tengok video dalam iPad yang mama dia bekalkan. Macam-macam karenah anak dara seorang ni. Lepas mandikan dia, pakaikan baju baru. Boleh pulak dia kejar anak kucing dalam rumah ni dan peluk tak nak lepas. Melekat semua bulu kucing kat baju baru pakai...alahai!
Dah dekat pukul 12 tengahari, Aina yak yak dalam pampers. Terus suami passkan pada CikDa yang tengah memasak kat dapur. Amboi! Pandai ye, bab kemas taik budak serah kat kita. Hahahah.....tak lama lepas tu mama Aina sampai rumah. Aina sempatlah makan lauk yang CikDa masak untuk dia.
P/s: Sementara tunggu Aina sampai rumah, sempat buat powerwalk 4 fast miles + 2 miles = 9.7km powerwalk pagi ni (Isnin). Berpeluh-peluh dan sangat best. Balas balik buat powerwalk lama sedikit sebab Ahad tak dapat nak bersenam.
Sedapnye menu raya..lagi2 bila nampak mee bandung tu..kecur air liur..
ReplyDeleteHuhu...memang sedap, tapi lepas tu menyesal sebab kena bakar balik kalori yg masuk.... ;)
Deletealhamdulillah, my MIL masak sup n rendang... lately ni mcm kureng sket nasik...dok belasah lauk je...tapi sayur pon kurang... huhuhu...
ReplyDeleteHuhuhu...Yani nasi wajib sekali sehari. Sayur takde masalah....mmg sangat suka makan sayur... ;)
Delete