22 June 2014

Jenguk Pusara Mak Sebelum Ramadhan


22 Jun 2014.

Rindu betul pada arwah mak.
Rindu sangat-sangat.
Ya Allah, Ya Tuhanku....sampaikan salam kerinduanku pada arwah mak dan abah.

Ramadhan tahun ini sangat jauh berbeza dari Ramadhan sebelum-sebelumnya. Ramadhan yang mengajar aku seribu satu erti berdikari sebagai seorang anak, isteri dan menantu.

Airmata yang bergenang semasa di hadapan pusara mak akhirnya menitis jatuh semasa berada di dalam kereta. Saat mata aku merenung jalan di kawasan perkuburan yang menyelusuri hingga ke jalan utama, aku dapat bayangkan macam mana pandangan sayu arwah mak yang setiap hari menunggu kehadiran anak-anak ke pusara abadi mak. Sentiasa rindu, sentiasa berharap kehadiran dan doa dari anak-anak dan cucu cicitnya.


Tujuh (7) hari berada di hospital tempohari mengajar aku merasai bagaimana perasaan mak yang terpaksa duduk lama di hospital. Setiap hari berharap ada orang yang datang menjenguk, sayu dan sedih ditelan sendiri. Saat ternampak kelibat orang tersayang berhampiran tingkap dan pintu wad, hati melonjak gembira. Ya Allah......sedihnya! Sebab tu setiap kali aku melawat arwah mak di hospital, aku sanggup tunggu sampai habis waktu melawat, kena marah dengan mak guard pun aku tebalkan telinga je. Aku nak luangkan masa lama-lama dengan mak, belek mak dan berbual dengan mak.

Aku rindu lambaian tangan arwah mak setiap kali aku nak balik. Senyuman manis mak. Sekarang aku faham kenapa setiap kali selepas solat mak selalu doakan kami adik beradik diberikan rezeki bekerja dan menetap di Melaka. Supaya dapat 'dekat' dengan arwah mak. Allah Maha Besar dan Maha Mendengar. Empat (4) dari enam (6) adik beradik aku termasuk aku menetap di Melaka.

Inilah erti sebenar sebuah kerinduan tak berpenghujung....abadi sampai mati.

4 comments:

  1. Same here Yani..hugs..(betul2 rasa nk peluk sbb kita sama2 kehilangan...)Al-fatihah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nuriz, rindu pada orang yang ada depan mata/masih hidup...kita masih boleh lafazkan kata rindu dan peluk mereka erat-erat...tapi bila merindu orang yang sudah tiada depan mata / dah kembali ke rahmatullah....perit dan seksanya perasaan rindu itu hanya Allah SWT sahaja yang tahu...kan?

      Al-Fatihah juga Kak....

      Delete
  2. Me too yani..rindu segala2nya..tindu nak peluk, cium tgn mak, nak meluah isi hati...hanya Allah je yang tau betapa rindunya hati ni..semoga mereka di tempatkan di kalangan org beriman...al- fatihah...hugs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Mrs Opi, rindu yang menyentap perasaan kita sampai hujung nyawa kita...Yani pun doakan semoga arwah ibu bapa kita semua dirahmati dan ditempatkan dikalangan kekasih-kekasihNya.....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)