28 Mac 2014.
Hari ke-4 mak di CCU GH Melaka. Rancangan awal nak ke GH Melaka tengahari jenguk mak, tengah-tengah bersiap bos hantar sms tanya pasal kerja pejabat. Aku terpaksa postpone plan, siapkan kerja dahulu dan emelkan pada bos.
Adik bongsu telefon, tanya siapa yang jenguk mak tengahari ni? Aku cakap aku tak dapat datang tengahari. Adik aku kata tadi CCU call suruh waris datang tengahari sebab nak minta sign dokumen persetujuan untuk buat satu lagi prosedur untuk tebuk paru-paru kanan mak untuk kurangkan/ keluarkan tekanan udara di bahagian dada kanan mak yang makin mengelembung naik. Masa dipindahkan ke CCU hari pertama, doktor dah tebuk bahagian paru-paru kiri sebab gelembung udara termasuk sama dalam paru-paru masa prosedur masukkan tiub melalui mulut mak.
Adik beradik yang duduk berhampiran GH adalah kak lang. Aku cakap tak sempat nak berkejaran ke GH kalau kena sampai sebelum habis waktu melawat ni. Adik bongsu cuba tanya kakak aku kalau boleh ke CCU dahulu sign dokumen. Berbalas whatsapp dengan adik beradik pasal perkara ini.
Rupanya doktor nak adik bongsu yang datang sebab nak terangkan dari segi medical terms apa risiko kalau prosedur ni dibuat. So, adik aku kena juga bergegas ke GH Melaka jumpa dengan Dr. Zaid (doktor pemantau kes mak) sebelum sign dokumen tu. Risiko tebukan tu, mak boleh kena jangkitan pada paru-paru selain luka dalaman semasa tiub dimasukkan.
Dalam pukul 4 aku sampai di GH Melaka dengan bibik dan adik beradik yang lain. Sementara tunggu di luar perkarangan CCU, ambil peluang baca surah Yasin dan Al-Fatihah untuk disedekahkan pada mak. Masa masuk melawat mak, keadaan mak masih sama. Ubat tidur dah diberhentikan tapi mak masih tak sedar. Ubat naikkan tekanan darah pun dah dikurangkan kepada 1 sahaja. Mesin dialisis dah diberhentikan selepas 24 jam cuci darah mak. Cuma tiub di kiri kanan badan mak makin bertambah.
Aku pasangkan surah-surah Al-Quran dalam ipod di tepi telinga mak, lepas tu dok belek semua bahagian badan mak sambil berbual dengan mak. Aku tahu mak dengar cuma belum boleh beri tindakbalas. Bila usik/garu bawah tapak kaki mak, mak beri respons macam geli dan nak mengelak. Dua belah tangan mak bengkak air, bonyor dan bila ditekan ada air yang keluar di celah liang roma tangan mak.
Ya Allah, rindunya nak dengar suara mak. Nak tengok mak buka mata pandang kami semua....nak tengok mak tersenyum manis. Ya Allah...Allahuakhbar! Makbulkanlah doa kami ini, anak-anak mak dan cucu-cucu mak.....
Sedih, benda sama terjadi kat sy sekeluarga masa ayah jatuh sehari sebelum raya tahun lepas. Doktor cakap ada darah beku dalam kepala ayah, ayah lumpuh.
ReplyDeleteSemoga mak awak cepat sembuh. Amin.
InshaAllah...terima kasih mendoakan. Mak terbaring macam tidur lena. Hari-hari ajak mak buka mata...rindu sangat.
DeleteReceived the news from other TTCians. Takziah utk u sekeluarga. Semoga roh mak awak tenang di sana. Al-Fatihah.
ReplyDeleteSalam yani, dah lama tak buka blog..bila buka ni saya baru baca yang mak yani dah kembali ke rahmatullah. Takziah dari saya. Semoga yani dan keluarga tabah dengan dugaan Allah ini. Al-fatihah. Semoga roh mak yani dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan orang2 yang beriman...
ReplyDeleteYani, sue ade baca, Mak Yani dah kembali ke rahmatullah.. Al-Fatihah untuk Mak Yani, semoga Yani tabah hadap semua ni.. Yani dah buat yang terbaik untuk mak Yani.. be strong dear.. sayang Yanii sgt2... *hugss
ReplyDeleteDear yani, tabah ye ... ida sentiasa doakan arwah berada di kalangan orang yg briman.. amin... Al Fatihah........................
ReplyDeleteSorry to hear about your mom. Hugs.
ReplyDeleteTerima kasih semua atas doa-doa yang dititipkan....Allah lebih sayangkan mak, jadi Allah ambil semula mak untuk di letak bawah jagaanNya.....
ReplyDelete