24 February 2014

Bereksperimentasi Dengan EPO

Sumber Gambar : Google

24 Februari 2014.

Kitaran period kali ini aku bereksperimentasi dengan supplemen EPO. Aku mula makan EPO sepanjang tempoh period (18 - 23 Jan 2014). Sebaik sahaja bersih dari period, aku berhenti terus makan EPO.

Tujuan aku cuma satu.
Aku nak tengok sama ada kesan EPO mempengaruhi simptom breast pain, EWCM dan tempoh kitaran CD aku selama ini. Sebenarnya aku sendiri tak pasti sama ada kesan pengambilan EPO sejak awal April 2013 sehingga kini yang membantu aku mengalami simptom-simptom di atas tu memandangkan semua perubahan kitaran period (CD semakin pendek dan tetap setiap bulan) seiring dengan pengambilan beberapa supplemen dan juga penurunan berat badan sepanjang setahun lepas.

Hasil eksperimentasi aku:-

Dengan EPO:

1) CD13-15 EWCM keluar
2) Breast pain mula muncul seawal CD14/15 sehingga hari period keluar. Sebaik sahaja period, ia lenyap
3) Mild cramp atau rasa berdenyut di belah kiri rahim mula terasa seawal 2 minggu sebelum period
4) 2 hari sebelum haid, rasa mual, nak muntah dan kepala rasa pening
5) 1-2 hari sebelum haid, simptom watery di Puan V
6)  Rasa lenguh pinggang beberapa hari sebelum period

Tanpa EPO:

1) EWCM tak berapa jelas kelikatan tekstur dan agak lewat CD keluar.
2) Breast pain hanya muncul pada CD24 (14 hari sebelum period)
3) Mild cramp tak terasa sampai hari nak period
4) 1-2 hari sebelum haid, simptom watery di Puan V
5) Rasa lenguh pinggang beberapa hari sebelum period
6) Rasa loya, pening kepala dan nak muntah (dah muntah pun semalam!) beberapa hari sebelum period.  

Ye.
Hari ini aku period pada CD38, menjadikan kitaran period bulan lepas 37 hari.
Lewat 10 hari dari tarikh jangkaan (15 Februari 2014). 
Berhenti makan EPO, period jadi haywire.

Sedang buat kerja di pejabat, duduk atas kerusi tiba-tiba rasa macam terkencing.
Berlari ke tandas. Fresh blood di pantyliner.
Termenung sejenak. Ambil telefon, dail no suami.
"Maaf belum ada rezeki lagi"
Menangis 2 -3 minit.
Ok, dah tenang semula. Sambung buat kerja.
Oh....hari ni sambung makan EPO (walaupun dalam hati rasa benci dan geram giler kat EPO sebab buat period haywire).
 

8 comments:

  1. salam perkenalan, datang sini singgah dan follow dari blog anim... *_^

    ReplyDelete
  2. L pernah ambil ni dulu Yani. Tapi mula2 mmg period akan awal/lewat. 3cycle ambil dah ok. Memang ade perubahan dari segi white eggs. Jadi L rasa EPO bagus utk kita. Btw Yani apa result hari tu? Mmg Yani akan proceed utk laps? L doakan Yani sentiasa tabah dan sihat selalu. Semoga berjaya sementara tunggu apa2 treatment. Usaha ambil EPO ni pn utk TTC juga. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yani dah start makan balik EPO start April 2013. Masa tu pengambilan sepanjang masa (period + tak period) sampai bulan 12 2013. Period cycle berbeza-beza range (28-40 hari). Simptom EWCM memang ada, seronok dibuatnya. Tapi lepas terbaca satu artikel pasal EPO, isu EPO tak digalakkan makan lepas habis period dan waktu subur, tu yang Yani cuba ubah balik cara pengambilan EPO. Tak sangka dia jadi haywire balik...cycle length jadi panjang (lebih dari 28 hari). Takpe la, Yani cuba tengok dulu 2-3 cycle ni kalau-kalau period cycle kembali normal.

      Delete
  3. i can feel you dear. this month i try to eat healthily, exercise, makan supplements (i took GLA sama macam EPO jugak fungsinya and dah ambik more than a year) and hope for miracle sebab lewat seminggu. stress gila semalam first day period, senggugut sangat teruk, i cried because of pain and kcewa. yes, my cycle pon kucar kacir sejak ambil gla, few cycle jugak yng terlewat, tapi i proced jugak ambik sebab kadang-kadang dia boleh legakan sakit sengugut tu. tapi kadang-kadang jela.huhuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Zura, bila tak test kat badan, kita tak tahu apa kesannya. Tapi bila buat try and error ni, kacau mood kita bila period cycle jadi haywire. Cuma yang Yani perasan, bila stop makan EPO lepas period, simptom rahim kiri berdenyut selalu waktu nak dekat-dekat period, tak terasa sangat kali ni. Ntah la...period bulan ni nak tengok apa simptomnya pula....hopefully tak berterusan isu haywire ni.

      Delete
  4. salam kak....baru 1st time dpt komen kt sini...sebelum ni slalu jgk jenguk blog akak....
    sy pn berttc jgk sebelum ni....just nk share...sebelum ni sy usaha tapi xde hasil..huhu...tapi masa bulan januari sy mkn gla shaklee 3biji sehari...dan sy amalkan jus carrot+timun+batang saderi segelas tiap2 hari.... akhirnya dengan rezeki Allah nak bagi saya berjaya pregnant...
    resepi tu saya ambil kt internet jgk....mat salleh ckp fertility juice...
    niat sy hanya nk kongsi je...sy pn da 2tahun berttc.... ..dan sy all out sedekah tiap2 ari.ibarat melabur dengan Allah..ape2 pn sy doakan akak ade rezeki...insyaAllah...Allah sayang kat kita sebab tu Dia uji kita dulu...ceria2 ye kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih sebab sudi kongsi nasihat dan usaha yang Cik Anon buat sampai conceive.....tahniah ye! Kan best kalau tahu nama Cik Anon.... :)

      GLA Shaklee lebih kurang macam EPO kan? Terima kasih ye mendoakan akak sekali bab zuriat....inshaAllah, Allah permudahkan sepanjang Cik Anon mengandung hingga melahirkan nanti...amin!

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)