Screen capture video Leslie Sansone
8 Januari 2014.
Terlebih dahulu nak ucapkan terima kasih banyak pada blogger Me.Liyana yang kongsikan link YT Leslie Sansone - 3 Fast Miles Walk hari ni. Pertama kali tengok, rasa menarik pula untuk di cuba, nampak lebih santai untuk beginner macam aku ni. Eh, ingat 3 miles tu sikit ke? Untuk info, 3 miles bersamaan lebih kurang 4.827km tau. Dah macam kita berjalan kaki hampir 5km dalam masa 45 minit. Berbaloi kan?
Video ni boleh jadi senaman alternatif kalau-kalau pagi sabtu dan ahad hujan atau timbul malas nak berpakaian riadah secara lengkap. Hanya perlu sarung sport bra, seluar trek, stokin dan kasut, lepas tu terus bersenam. T-shirt? Tak payah. Sapa je yang tengok aku bersenam dalam bilik ? Suami aku ler.
Tapi, encik suami selalu kacau time aku melompat-lompat buat zumba, dok usik-usik buat aksi dan pandangan nakal. Haish! Dari aku fokus nak bersenam, terus jadi macam hilang fokus. Mana nak tengok video, mana nak mengelak-ngelak dia dok cuit dan tarik tangan aku bila bergerak dekat dia. Geram dibuatnya. Last-last zumba ke mana, aku suami isteri ke mana.
P/S : Aduhai....blogger Iya sampai buat entri pasal aku. Segannyer...bukan tak suka, tapi rasa masih belum cukup istiqamah dan berdisplin dalam proses berdiet sihat ni. Anyway, thanks Iya.....jom kita sama-sama berusaha ye! Kawan-kawan yang lain pun....jom, jom!
alalala..tenkiu jgk sggest zumba Linda Edler .nt nak try..sama la kdg buat powerwalk je bosan..kdg kene tukar2 angin...hehe.eh.suami isteri kemana pun xpe..aktiviti tu pun boleh burn 200kcal..mihmih
ReplyDeleteHahahha...seriously? 200kcal? 200kcal x 3 kali seminggu....600kcal dah..teeeetttt!! Hahaha...
DeleteYani baru selesai buat senaman kat atas ni...berpeluh juga la walaupun dalam keadaan santai. Thanks again ye Me.liyana...at least dah ada good reason to start all over semangat bersenam secara intensif mulai sekarang....
minta izin nk ikut gak vid ni yer..tgh tercarik2 cara nk besenam sb dh mula atkins :D
ReplyDeleteDhia, tak perlu minta izin...boleh je ambil dan ikut sama. Bagus Dhia kombinasikan diet Atkins (pemakanan) dengan senaman (jogging/zumba/power walk). Mesti banyak dapat kesan positif dan cepat penurunannya.
Deleteahaks...same lah anim pown....
ReplyDeletedah lame x berzumba nie
nak start balik (masih mencari moog hehheh)
tp still on diet hhehehe
Anim, Yani buat cara ni...kalau rasa mood bersenam kelaut, Yani cuba pastikan diet pemakanan terkawal atau lebih baik. Kalau mood bersenam dah kembali, memang tak ada masalah makan lebih sikit sebab kita boleh bakar semula dengan bersenam/ berzumba.
DeleteJom, Anim.....masih belum terlambat untuk jadi sihat!!
Hai dear ....saya dah lama follow blog yang comey dan Tuan Blog yang juga comey ni :) ... kalau nak tanya sikit boleh? sy ade ambik Herbalife jugak ..tapi saya confused la boleh ke kalau kita buat shake malam siap2 simpan dalam freezer untuk minum pagi ? khasiat dia akan berkurangan atau same je ? still o.k?
ReplyDeleteTQVM :)
Aiyo..mana ada comey la Mawar_Berduri? :)
DeleteYani rasa dulu pernah ada consumer Herbalife yg lain bangkitkan isu ini...since Yani pun jenis yang macam ni (tak sempat nak blend shake pepagi, so buat shake tengah malam before tidur) , Yani ambil jalan tengah. Kalau sempat, Yani blend shake pagi, kalau tak, memang malam before tu la buat. Pada Yani still ok, itu pendapat peribadi. Maybe org lain lain cara dan pendapat.
i pun dlm proses men diet..jejomsss...
ReplyDeletebtw, penah jgk wat senaman dlm bilik, hubby gelak2 je..haha
Nurul Asma..itulah salah satu gangguan dari luar untuk kita : suami sendiri. Huhuhu...tapi tak apa la, kalau mood dia ok, dia join kita. Kalau tak, setakat tengok kita bersenam dan kacau2 kita dari segi emosi dan usik2 kita....wujudkan suasana mesra suami isteri kan?
Deletewah berzumba yerrr.seronok.iya xleh lg.duk umah parent lg.kang makayah lak tgk zumba.hahahaha.alaaa yani duk segan plak.okay what...sharing2 bg semangat kat kami :D
ReplyDeleteIya, ni senaman berciri power walk, baru je belajar dari blog Me.Liyana. Yani saje cuba untuk pelbagaikan aktiviti bersenam. Kalau asyik berzumba je, badan kita akan jadi imun dan kurang berpeluh sebab dia dah tahu taktik kita....
DeleteSegan la Iya.....sampai jadi 1 entry khas plak.... :)
Pernah buat dulu. Mula2 1 miles pastu 3 miles pastu 5 miles pastu takde miles..hihi. Mula2 syok jugak buat lama2 bosan. Sbbnya dok dlm rumah.
ReplyDeleteHuhuhu...Yani baru-baru kenal ni maybe teruja la juga. Tengok la progress lepas ni..mungkin cuba 5 miles ke...nak mempelbagaikan aktiviti bersenam ni sebab nak elak mood boring berzumba dan circuit training tu....nasib baik blogger2 lain perkenalkan mcm2 jenis senaman, banyak pilihan...
DeleteHai yani, menarik juga video ni. Nak try jugak. Saya selalu workout dalam bilik jugak. Ikut video jillian michaels and a few video yang lain. Lepas ni, boleh try alternate dengan video ni pulak..
ReplyDeleteSelalunya time workout memang hubby akan duk kat luar.. tak ganggu saya.
Hie Zarith...salah satu sebab Yani bersenam dalam bilik dan masa suami Yani ada, untuk dorong dan tarik minat dia ikut sama bersenam... :)
Delete