16 December 2013

HSG Dan 2nd Semen Analysis


16 Disember 2013.

Cerita Jumaat lepas di klinik OnG GH Melaka.

Kita mulakan dengan bacaan berat badan dalam tempoh 3 bulan lebih, ada penurunan sebanyak 1.7kg selepas temujanji dengan doktor pada 23 Ogos 2013 lalu. Alhamdulillah! Hari Khamis timbang berat, 62.6kg, malam tu balik kerja lewat sebab nak selesaikan beberapa kerja sebelum bercuti. Sampai rumah memang terlepek, tak larat nak berzumba.

Pagi Jumaat timbang di rumah sebelum pergi GH Melaka, berat badan 62.2kg. Bila timbang di Bilik 11, bacaan penimbang di situ sama dengan bacaan penimbang di rumah.Bacaan tekanan darah pun ok, tak lepas-lepas beristigfar dan baca doa dengan harapan bacaan tekanan darah tak melambung-lambung macam selalu. Huhu, takut!

Temujanji pukul 9 pagi, dapat jumpa doktor beberapa minit sebelum pukul 11 pagi. Pergh!
Nak kata ramai sangat pesakit, rasa tak juga.
Tak apa la, nama pun rawatan percuma, kenalah bersabar sedikit.

Masuk je bilik 1, doktor perempuan tu tanya macam mana dengan kitaran haid sekarang dan bila last period? Aku macam blur sekejap, aku kata kejap, aku keluarkan kertas jadual kitaran haid aku. Boleh pulak doktor tu bantai sengih tengok aku siap buat jadual. Dia tanya kerja apa? Aku cakaplah bidang IT, dia jawap "Oh, patutlah!" Huhu....

Aku bagitau doktor, period aku dah boleh dikatakan keluar setiap bulan dan CD makin pendek dan tetap. Dia kata ok. Dia tanya period bulan Disember dah datang ke belum? Aku jawap kalau ikutkan jadual aku, jangkaan period minggu depan (23 Disember 2013). Lepas dia tulis maklumat dalam fail aku, dia serah fail tu dah suruh ke Bilik 10 untuk scan.

Letak fail dalam bekas merah depan Bilik 10, aku mencecet lari ke tandas, nak buang air (kes lama sangat tahan air kencing). Datang balik ke depan bilik tu, nombor giliran masih belum dipanggil, menunggu lagi. Nurse panggil masuk, benda pertama aku buat aku tinjau kasut doktor! Alahai.....aku nampak kasut lelaki...habislah!! Aku siap berdoa janganlah kena scan dari bawah lagi, perut masih boleh terima akal. Hehe~

Selalunya masa scan, mulut aku macam berat je nak bertanya kondisi rahim aku. Doktor-doktor bahagian scan pun bukan jenis berbual sangat. Ko tanya satu, dia jawap satu. Rasa macam tanya robot pun ada. Alhamdulillah kali ni aku paksa diri untuk tanya doktor lelaki tu lepas selesai scan bahagian atas perut. Aku tanya rahim aku ok tak? Ada cyst atau fibroid tak? RU ke? Lega rasanya bila doktor kata rahim aku tak ada masalah tu semua.

Masuk balik Bilik 1 dan terus duduk tepi doktor sementara doktor tengok result scan. Dia angkat fail aku terus bawa bincang dengan Dr. Tham (Pakar/Ketua Bahagian OnG) pasal langkah rawatan kesuburan aku seterusnya. Dr. Tham tanya dah pernah buat HSG tak? Doktor perempuan tu kata tak pernah. Luckily perbincangan tu berlaku depan aku, jadi aku pasang telinga la dengar semua butiran perbualan mereka. Dr. Tham cadangkan buat prosedur HSG untuk check tiub sebelum terus ke proses IUI. Ya Allah, Allah dah permudahkan urusan aku, sebab aku selalu berdoa supaya aku boleh teruskan usaha ke tahap lebih bagus dan bukan setakat telan pil sahaja.

Doktor perempuan tu duduk balik dan mula terangkan pasal prosedur HSG dan IUI. Prosedur IUI hanya akan dibuat sekiranya tak ada masalah pada saluran peranakan dan hubby kena ambil semula ujian analisis air mana untuk kali kedua untuk tengok perkembangan kualiti sperma. Doktor tak galakkan buat IUI kalau kualiti sperma masih sama sebab peluang untuk berjaya IUI tak banyak. Doktor baca balik kertas keputusan 1st semen analysis; dia kata kuantiti ok, cuma peratusan abnormal sperma agak tinggi. Aku pun setuju untuk buat 2nd semen analysis sebab nak tahu apa perkembangan (positif/sama) lepas beberapa bulan hubby mengambil supplemen untuk kesihatan sperma dia.

Aku ada tanya doktor, apa cara lain sekiranya faktor kualiti sperma jadi isu? Dia kata biasanya doktor pakar akan cadangkan buat IVF/ICSI terus, tapi GH Melaka hanya menguruskan rawatan kesuburan sampai tahap IUI sahaja. Kes IVF/ICSI akan dirujuk ke Hospital KL. So, aku dah clear 1 isu. Tapi ayat akhir doktor tu buat aku termenung juga bila dia kata prosedur IUI pun kena ikut giliran sebab dah ada long waiting list, hurm...aku pujuk hati, tak apa la...dalam masa yang sama aku usaha cara lain.


Doktor perempuan tu isi beberapa borang untuk ujian semen analysis, ujian darah untuk check buah pinggang, preskripsi ubat yang kena makan 12 dan 2 jam sebelum prosedur HSG serta borang yang perlu dibawa ke Unit Radiologi untuk urusan HSG. Kebetulan masa selesai urusan di klinik OnG tu, dah dekat waktu rehat 12.15tengahari. Jalan laju-laju ke Unit Radiologi, nasib baik masih buka kaunter pertanyaan, cuma Bilik 33 (ambil darah) dah kosong tak ada orang dah (aku tanya adik aku, dia kata Bilik 33 hanya buka Isnin-Jumaat, dia suruh aku ambil ujian darah di KK je, lepas tu pos result ke GH Melaka..wink2!).


Staf hospital terangkan pada aku proses-proses nak kena buat. Tapi apa-apa pun, hari pertama period nanti kena telefon diorunk untuk book tarikh buat HSG (CD10 lepas period). Lepas dah dapat tarikh HSG, baru aku boleh beritahu pada staf Klinik OnG sebab doktor nak jumpa untuk bincang semula 2 minggu lepas tu.Aku tanya staf tu, doktor OnG ada preskrip aku dengan ubat untuk alahan, dia kata tak perlu makan sebab aku tak ada apa-apa alahan pada ubat atau penyakit resdung.


Tarikh semen analysis hubby adalah pada 28 Januari 2014 (Selasa), dan kena 'berpuasa' mulai 24 Januari 2013. Kalau ikut pengiraan aku (kalau period cycle dah betul-betul tetap 30 hari), tarikh hubby kena mula puasa tu, aku tengah period. Huhuhu..nasib baik! Sepanjang perjalanan balik ke tempat parkir, aku dok usik-usik dia nak 'goda' dia sepanjang tempoh dia kena 'berpuasa', masa aku usik tu, aku tak kira lagi tarikh-tarikh anggaran period untuk bulan Januari nanti, kalau aku bagitau hubby aku period masa tu, mesti dia gelakkan aku sebab plan aku tak berjaya...cess!!

Sama-sama kena puasa la sayang, ye? Hehehe...

Aku harap sangat semuanya dipermudahkan dan ujian HSG dan semen analysis hubby memberi harapan baru dalam usaha kami tahun 2014 ini. Amin!

23 comments:

  1. mudah-mudahan berjalan lancar semuanya..amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, terima kasih atas doa Shasha... :)

      Delete
  2. amin...semoga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, terima kasih atas doa yang dititipkan Iza... :) Mohon pinjam semangat Iza juga..

      Delete
  3. Semoga segalanya berjalan dgn lancar....amin :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, terima kasih atas doa PnSusu ... :) Amin ya rabbal alamin.

      Delete
  4. Replies
    1. InshaAllah, terima kasih ye L ... :)
      Mohon doakan Yani dipermudahkan segala urusan...

      Delete
  5. sama lah anim pown kena Wat HSG jugak menunggu period untuk bulan ini
    2 bulan lalu terlepas sebab
    1. dr x ada katenya DR amik exam
    2. period x berhenti sampai hari ke 15 (tarikh apoitmen dh ada)
    Insyallah kalau x ada halangan untuk this mont punya cycle anim buat HSG
    sebenarnya anim takot pown ada nak buat HSG nie. mcm2 pikir almaklomlah malu salah satu puncanya....huhuhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-samalah kita harungi HSG kali ni ye...
      Ramai kawan-kawan yg beritahu HSG ni sakit sikit, dan ada potensi berlaku bleeding.
      Tapi kuatkan jer la semangat, sampai bila nak duduk di takuk lama sepanjang usaha TTC ni kan? Kena move on dan usaha sehabis boleh...Yani doakan Anim pun dipermudahkan semua urusan...lepas HSG, plan proceed ke IUI ke?

      Delete
  6. ameen ameen.inshaaAllah HSG nnt ok.relax je tauu.hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya dah pernah buat HSG ke? Any tips yg boleh membantu proses HSG Yani nanti?

      Delete
    2. iya penah wat.hehe.mcm sakit perot nak terberak je.hehehe.leh bace experience iya kat sini k
      http://youandmeonlyhope.blogspot.com/2013/05/hsg.html ;)

      tapi itulaa.make sure jgn tegang2 kan kaki.relax jeee.anggap je cik abg nk macuk... ops!!! ;)

      Delete
    3. Hahahahahha.....ayat last Iya tu tak boleh blah!
      Kalau nak anggap mcm tu, takut lain plak jadinya nanti...
      Iya lepas buat HSG tu terus balik ke atau dia bagi rehat utk beberapa tempoh masa baru balik? Masa hari buat prosedur, Iya drive sendiri atau hubby hantar kan? Yani risau ni, takut hubby tak dapat cuti hari nak buat HSG, kalau drive sendiri after prosedur problem tak?

      Delete
    4. hehehe.bukan ape.just relax.jgn pkir bukan2.kalo stress,tegang2 kaki tu lagi xelok.yg iya rasa gak laa.even time iya wat papsmear dlu pon doctor ckp mcm tuuu ^_^
      nnt dia suh baring,masuk wayar ke ape tuu xde ape sgt..time dia masukkan liquid tu kite akan rasa senak perot.masa tu laa dia akan tgk ada tsumbat or not.
      iya pas wat tu balik umah je.mase tu mmg amik cuti.hehehe.husband iya teman gak.dia aje laa drive.rasanye xde effect ape2.nnt pas wat tu pkai pad.dlm 2 hari cmtu bleed mcm peod gakk.dont worry okay.inshaaAllah okay :) bykkan bdoa tauuu

      Delete
    5. Oh..satu lagi nak tanya, Yani kire2 tarikh CD10 (kalau betul cycle period dh tetap 30 hari) akan jatuh pada 1 Januari 2014 (Rabu), biasanya tarikh tu semua org cuti la kan! Boleh ke buat HSG selain CD10?

      Ada terbaca pengalaman org lain --> Hanya saja pemeriksaan khusus ini tidak dapat dilakukan sembarang waktu. Waktu pemeriksaan yang tepat adalah hari ke-9, ke-10 atau ke-11 dalam siklus haid (dihitung sejak hari pertama mendapat haid).

      Tapi nak juga dapatkan kepastian dari yg pernah ada pengalaman buat HSG bukan pada CD10...?

      Delete
    6. itu iya xberapa sure aa lak.tp mmg doctor ada ckp kena wat hsg antara CD bape2.xigt lak CD9-11 ke ape...huhu.

      Delete
    7. Takpe Iya, Yani dah google dan jumpa tempoh CD yang dibolehkan buat HSG dalam blog Dr Hamid Arsat.....CD9-CD11..... :)

      Delete
  7. esok saya akan ber HSG.... masih takut sebab baca bnyak version tentang pain ber HSG ni. Doakan saya success ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah Noriz...lain org, lain pengalamannya...doa banyak2 dipermudahkan segala urusan dan tidak ada masalah dgn tiub peranakan Noriz...

      Delete
  8. Esok saya buat iui di gh melaka. Nk tanya awk dah berjaya dpt baby ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam...alhamdulillah, masih mencuba ....semoga IUI awak berjaya ye....amin!

      Delete
  9. HSG ni tak sakit bila kita tak focus pada bawah tu dan banyak2kan zikir. Cuma sneak sikit bila dah inject dye tu kan. But memang puas hati lepas buat procedure tu.

    Ruqayya menulis... Cari hari kesuburan dengan OPK

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)