26 November 2013

Daftar Tabung Haji 2013, 50 Tahun Lagi Baru Giliran Sampai



26 November 2013.

Tahun lepas (2012), selesai daftar nama bagi menunaikan ibadah Haji untuk diri sendiri dan suami, tahun anggaran bagi nombor giliran kami berdua adalah pada tahun 2049 (37 tahun lagi), masa tu inshaAllah masing-masing umur 66/67 tahun...tonton TV3 Sabtu lepas (23 Nov 2013), Tabung Haji maklumkan sesiapa yang baru nak daftar (2013), tahun anggaran ke Tanah Suci adalah 50 tahun lagi....geleng kepala! Syukur dah daftar awal....

Petikan artikel isu haji ini dalam akhbar Kosmo Ahad (24 Nov 2013):

Tunggu separuh abad tunai haji

KUCHING – Umat Islam di negara yang mendaftar untuk menunaikan haji kini terpaksa menunggu selama 50 tahun sebelum dapat menunaikan Rukun Islam kelima itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, keadaan itu memang meresahkan kerana kuota 0.1 peratus yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi menyebabkan Malaysia yang mempunyai 28 juta penduduk hanya layak menghantar 28,000 jemaah haji setahun.

Ini diburukkan lagi dengan kerja-kerja pembesaran kawasan Masjidil Haram yang menyebabkan jumlah jemaah haji di malaysia tahun ini dikurangkan kepada 22,320 orang tahun ini.

Katanya, ketika ini terdapat 1.2 juta daripada 8.2 juta pendeposit Tabung Haji (TH) sedang menunggu giliran menunaikan ibadat itu.

“TH menggunakan sistem komputer bagi menetapkan tarikh dan tahun bagi setiap individu berdaftar dengan kami.

“Bagaimanapun tempoh waktu menunggu akan berkurangan jika ada bakal jemaah yang dipilih untuk mengerjakan haji itu meninggal dunia atau mengalami sakit berpanjangan,” katanya.

2 comments:

  1. fuh lama kan nak sampai turn tp takpe, sambil2 tu lah kita blh menabung duit n topup ilmu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah..tapi takut by the time duit dah cukup, ilmu dah penuh di dada.....badan pula dah tua dan tak daya nak kerjakan haji... :) kalau semua dah cukup, tak salah buat segera...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)