05 November 2013

Cabaran 90 Hari : Cardio, Weightlifting dan Zumba Workout


5 November 2013.

Baru lepas sesi workout jenis cardio dan weightlifting selama 1 jam. Sumpah....rasa nak pengsan! Beberapa hari tinggal aktiviti beriadah (berkursus dan letih bila balik rumah lepas melawat mak di hospital), bila nak mula balik memang rasa bercinta dibuatnya.

Lepas buat shake, masa lalu belakang mak yang tengah bersarapan depan tv di dapur, nampak ada program bual bicara dengan Kevin Zahri di tv1. Terus berlari masuk bilik, suruh hubby buka channel tv1 di pc. Dapat la tengok 3/4 dari bual bicara tu, kebanyakan apa yang diterangkan dalam tv, Kevin Zahri memang dah kongsikan dalam entri FBnya. Tajuk bual bicara kali ni bersangkut paut dengan tema sempena Maal Hijrah iaitu Jom Sihat : Hijrah dari XXXL ke .........

Habis tengok siaran tv tu, teringat nak buat weightlifting workout dengan dumbell. Ish...memang dah lama tak sentuh dumbell, mengagau juga mencari serata dalam bilik, last-last jumpa dalam beg luggage tepi katil. Kemain simpan sampai tak ingat mana letak. Huhu.....

Sambil-sambil angkat dumbell tu, dok surf di Youtube video cardio workout yang sesuai (read: mudah). Jumpa satu video 30 minit cardio workout dari The CafeMom Studios Workout.....ikut la steps yang diberi...terlentang dibuatnya....haiyooo...penat!


Rehat sekejap, sambung 1 jam Zumba workout, berpeluh-peluh dibuatnya.....alhamdulillah! Rasa lebih seronok berzumba dari berjogging.....heheh!

Updated : Baru selesai 1 jam sesi Zumba workout (kombinasi 9 videoklip Zumba Linda Edler) jam 11.20 malam..... 

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)