27 October 2013

Jom Buat Infused Water


Sumber Gambar : Google

27 Oktober 2013.

Pernah cuba buat Infused Water tak? Maleh nak translate perkataan Infused tu...nampak dan macam pelik, so kita kekalkan je la istilah tu ye.

Apa kelebihan minum Infused Water ni? Senang cerita...
  • Kita minum air
  • Kita mengambil semua vitamin dari buah-buahan yang direndam dalam air
  • Tidak melibatkan sebarang pemanis tiruan, pewarna, bahan pengawet atau apa-apa sahaja bahan kimia.
  • Membantu proses detoksifikasi tenaga dan penghidratan badan kita
  • Kitar semula buah-buahan yang direndam beberapa kali, jimat kan?

Cara nak buat? Mudah je, letak sebanyak mana buah-buahan kita suka kedalam air dan biarkannya selama sekurang-kurangnya 30 minit sebelum diminum. Infused water ni kita boleh tambah air banyak kali tapi pastikan ia tidak di simpan lebih dari 48 jam.

Selain daripada infused water menggunakan satu jenis buah-buahan sahaja, kita boleh gabungan beberapa bahan (buah-buahan dan daun) untuk tingkatkan khasiatnya. Contoh kombinasi bahan dalam infused water yang baik adalah :

(1) Teh hijau, pudina, limau ---- pembakaran lemak, penghadaman, sakit kepala, kesesakan dan penyegaran nafas

(2) Strawberri, kiwi ----- kesihatan kardiovaskular, perlindungan sistem imun, peredaran gula darah, penghadaman

(3) Timun, limau, lemon ---- pengurusan berat air, kembung, mengawal selera makan, penghidratan, penghadaman

(4) Lemon, limau, oren ----- pencernaan vitamin C, pertahanan imun, pedih hulu hati, (minumnya pada suhu bilik)

Sumber Gambar : Google

P/s: Semalam kat Family Store dah ternampak buah strawberri dan buah kiwi kat rak masa ambil buah lemon...sayang plak tak beli. Kalau tak, boleh buat infused water macam dalam gambar atas ni....kan?

12 comments:

  1. L dh cuba buat infusion ni.. tp infuse yg L suka.. roselle+hirisan lemon.. mmg superb.. badan rasa ringan n sedar x sedar dh 4liter air sehari

    ReplyDelete
    Replies
    1. L letak roselle? Dry roselle ke? Menarik juga tu! Letak lemon dalam air teamix, mmg laju je habis...hehhe

      Delete
    2. fresh rosell belah 4,guna lebih kurang 5 kuntum,tp L buat malam letak peti, esok baru letak hirisan lemon..lemon klau ltak awal2 jd pahit hehe.. air jd merah. a bit masam la..tp L xkisah pn xde la masam sgt. Lg pun roselle tu banyak..L tanam sendiri.

      Delete
    3. Wah, bestnyer tanam sendiri roselle...kat sini celah mana nak cari tempat jual roselle fresh..hurm....

      Delete
  2. Wow yani..umie bru 1st time dgr psal infused water ni..bgusnya..sng nk buat..khasiat jg kn..klau hirisan strawberi tu ltak slama 30min akn rsa strawberi jg ye?..umie prnah cuba perah lemon je xthu ada minuman mcm ni..boleh la cuba ;-) ..tq yani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Umie...Yani pun sama, selama ni tahu amalan perahan lemon dalam air masak je, tapi skrg ni kat dalam FB dan blog dah popular konsep infused water ni. Rasanya tak salah kita cuba kan?

      Kalau letak hirisan strawberri, mestilah ada perisa strawberri dalam air tu.....huhu...tapi kalau dah campur2 dgn buah lain, kena cuba buat baru tahu apa rasanya....

      Delete
  3. Salam sis. Infused water ni mmg kena minum sejuk ke?? O boleh jugs minum o rendam dgn air masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebiasaanya diminum sejuk....macam saya, saya minum dengan air masak biasa je. Bergantung pada individu la, ada yang tak boleh terima tekak minum dengan air masak/air panas suam, jadi disejukkan dahulu supaya tekak boleh terima.... :)

      Delete
  4. salam sis...minta copy n paste ye maklumat ni...heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. No hal...boleh je.....saya pun dapat dari web orang... :)

      Delete
  5. emm tgh gugel pasal ni
    mcm nak buat jugaklah

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah cubalah dulu..mana tahu serasi dengan badan... :)

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)