06 September 2013

Pengakuan Ikhlas

Sumber Gambar : Google

6 September 2013.

3 - 4 hari yang penuh dengan mood mendung. Selisih faham dengan hubby, perang emosi dengannya, dan juga perang emosi dengan diri sendiri.

Hari ni aku buat pengakuan ikhlas, aku alami nervous breakdown. Aku jadi bad mood bila setiap hari aku terpaksa lihat status gembira kawan-kawan yang mengumumkan berita gembira kehamilan di FB. Kalau seorang dua mungkin aku tak kisah sangat, tapi kalau empat lima orang, termasuk kawan-kawan TTC yang berjaya hamil, aku jadi trauma. Rasa loser sangat.

Ye, aku tahu. Aku tak patut ada perasaan itu. Aku tak patut cemburu pada berita gembira mereka. Aku sepatutnya gembira dan berkongsi kegembiraan mereka. Ya Allah, aku dah cuba, tapi perasaan sedih dalam hati mengatasi segala-galanya.

Tiga malam berturut, aku balik kerja terus berkurung dalam bilik. Lepas solat isyak, aku terus berselimut atas katil, melelapkan mata yang tak mengantuk. Aku tak nak fikir apa-apa dah. Aku terus masuk tidur lepas hubby sampai rumah dari tempat kerja, aku elak bercakap dengannya.

Aku elak bersama dengan hubby selama beberapa malam, aku rasa sia-sia je kalaupun aku bersama dengannya. Aku menjatuhkan hukuman pada hubby, aku sakitkan hati dia. Aku lemparkan tuduhan bukan-bukan padanya. Aku tuduh dia dah muak dengan aku bila dia tak hiraukan aku, sedangkan dia sibuk bekerja. Berdosa? Ye, aku memang berdosa besar.

Malam tadi, aku berbaik semula dengan hubby, tidur bersama. Pagi tadi lepas solat subuh, aku luahkan segala isi hati aku depan hubby. Aku menangis bila aku katakan aku sedih bila tengok orang lain dah berjaya hamil sedangkan aku masih lagi macam ni. Aku rasa Allah tak adil. Ye, aku bersalah, aku kecewa dengan diri sendiri dan aku menyalahkan Allah.

Hubby sangat terkejut sebab aku betul-betul patah hati kali ni. Puas dia memujuk, dia kata dia sanggup tunggu zuriat kami berdua dan dia sanggup berusaha bersama-sama sampai bila-bila pun. Dia tak nak aku jadi lemah macam ni.

Ya Allah, maafkan aku. Aku jadi lupa segala nikmat yang Engkau sudah berikan pada aku selama ini hanya kerana aku kecil hati tidak diberikan rezeki anak. Ampunkan ku .......

11 comments:

  1. sedih m3h baca entri ni..sabar lah ye..itu je ayat yg termampu m3h ucapkan..xtau nk bg petua ape dah utk yani..semuanya kehendak Allah..in shaa Allah..moga suatu hari doa yani di makbulkan..amin..

    ReplyDelete
  2. sabar ye...kita yg ttc ni sume faham ape yg awk rasa tu..mmg tak boleh nk elak perasaan mcm tu..tp jgn ikut2kan sgt..smpai 2 3 hari tak tegur dgn hubby..nt keadaan jd lg keruh pulak..sy pcaya kebanyakan suami ttcian mmg penyayang n penyabar..sbb tu Allah turunkan ujian ni utk kita..me kalo rs down sgt..me baca kisah2 org lain yg ujiannya lagi hebat..terus jadi insaf n bersyukur..

    ReplyDelete
  3. Ye,ade org lain yg lebih hebat ujian nye dr kite..kena sentiasa +ve thinking..sy pun mcm awk jgk dulu..Alhamdulillah,skrg Allah dh bg 'rezeki' itu..ini semua rahsia Allah..kite sbg hambanya jgn berputus asa dan sentiasa ingat akn ketetapannya..

    ReplyDelete
  4. kadang2 takpe ada perasaan camni..tp jgn terlalu ikutkan..sbb kadang tu dari makhluk (syaitan la) yg suka tgk manusia berpecah belah. kena lawan perasaan tu.
    Rilek rilek suda.. akak ni ha..bkn citer org hamil dah.. tu awal tahun tu, berderet la citer kengkawan antar anak g skolah. akak??? apa pun takde..

    tkpe la yunk.. ni rezeki kita tau.. dgn ujian ni kita makin dekat dgn Allah.. betul tak??

    ReplyDelete
  5. Saya yg dah ade anak sorang ni pun kdg2 rase down sgt sbb puas usaha nak dpt no 2 tp masih belum berjaya, inikan pulak kwn2 yg belum ade rzeki pasti rase down tu berganda.
    Dapat saya bygkan perasaan sedih awak tu camne.
    Ape yg mampu saya ckp,
    Teruskan usaha selagi termampu...Jgn putus asa. Usaha selagi usia masih muda ni. Jgn jd mcm saya.
    Jgn saling menyalahkan diri sendiri atau hubby...
    Saya selalu tanamkan dlm hati, Allah sgt sygkan saya sbb tu saya yg terpilih lalui ujian yg mcm2.
    Dah, xmo sedih2 lg tau.

    ReplyDelete
  6. I feel u dear.. sbb i pon penah cam tu.. but bila hubby pujuk and gave support utk stay positive, i buang semua rasa tu... TTCians mmg kena stay positive selalu.. Rezeki setiap makhluk Allah SWT itu tak sama dear... kena bersyukur selalu... :)

    ReplyDelete
  7. salam sis.yang mampu kak lea doakan,semoga sis sabar.kuatkan iman ye sebab syaitan akan berusaha tanpa jemu untuk meruntuhkan ikatan sah antara suami dan isteri.masa kritikal macam ni,cuba elak dari memandang rendah kepada diri sendiri.

    yakinlah insya Allah ada rezeki sis dan suami memiliki zuriat sendiri..amin..amin..amin :)

    ReplyDelete
  8. Pick up urself dear... Mmg x dinafikan, sometime kita akan rasa down n sedih. Menangis lah semahunya, tapi tangisan pengaduan pada yg maha Esa, lebih menenangkn dari tangisan berseorangan. Tenangkn hati yani dengan al quran... Melawan emosi negative juga satu jihad yani. Allah tidak akan sesekali menzalimi hambaNya. Jika Dia memberikan ujian, Dia juga yg berkuasa memberikan jalan keluar. Semoga Allah berikan yani kekuatan dan ketabahan, dan semoga Allah kurniakan Rahmat yang besar buat yani disebalik dugaan ini.... Amin. Take care dear.

    ReplyDelete
  9. Ya Allah sedihnya... sis jgn macam ni ye. Sabar byk2..Jangan putus asa...kalau ada masalah, jgn pendam sorang2,,,beritahu la pada suami or family kita. luahkan pd seseorang yg rapat dgn kita...sabar byk2...igt !!! Allah sentiasa ada bersama kita...

    ReplyDelete
  10. sememangnya kita mmg tidak dapat lari dari keadaan ini. Saya jkuga sering kali alami breakdown begini, di dalam dada penuh dengan kepedihan, terasa sesak dan ingin sahaja saya menangis semahu2nya. Tapi sis, tiada apa yang leh membantu kalau kite terus begitu. Lambat laun kite perlu teruskan langkah, teruskan kehidupan walaupun ia tidak adil buat kita.
    Saya mengerti sgt2 keadaan sis, sy juga begitu. Tapi, alhamdulillah disekeliling kita ada ramai lagi rakan2 ttc yang sama2 menyokong kite. Jadi, jgn putus asa ye! Leh bagi emel address? Leh kite berkenalana dgn lbh rapat. Ni emel address sy shazrinas@gmail.com.

    ReplyDelete
  11. Ya Allah...bergenang airmata cikji bila bc entry ni dear. bersabarlah dear. sesungguhnya Allah dah aturkan sesuatu yg terbaik untuk kita. Alhamdulillah kita ni tergolong dlm golongan yg terpilih olehNya untuk diuji begini. Kita juga kena igt ramaiii lagi org diluar sana yg menanti lbh lama dari kita. Takmo sedih2 lg yer *hugss

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)