11 September 2013

Herbalife : Restok F1 Dan Aloe Suami Isteri


11 September 2013.

Restok bekalan Herbalife untuk suami isteri, kebetulan pagi tadi stok terakhir shake perisa strawberry. Malam ni dah boleh shake perisa Tropical Fruit semula...yeay! Lama juga aku kekal dengan dua perisa F1 ni; Strawberry dan Tropical Fruit. Tekak dah muak dengan perisa Dutch Choc dan Cappucino. Lama kot minum shake Dutch Choc dulu sampai tahap dah tak boleh bau serbuk Dutch Choc tu..huhuhu! Perisa Vanilla sah-sah aku tak leh terima tekak, pernah la sekali kawan Herbalife aku kasi aku cuba 2 scoop, tapi aku minum sekali tu je la, tak jalan dengan tekak aku. Mungkin juga sebab aku tak pandai sesuaikan dengan buah-buahan masa blend.

Aloe tu memang wajib ada, bekalan tak boleh putus. Setiap hari buat pelaburan, rasa perut lega je. Haritu masa seminggu Syawal, aku kurang minum air dan banyak makan makanan pejal-pejal, aku perasan seminggu lebih aku tak membuat pelaburan. Hoih, terasa perut senak je. Bila aku double-upkan intake Aloe dan minum air masak banyak-banyak, barulah proses pelaburan dapat diteruskan.

10 comments:

  1. Sy pon br re-stock f1 :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amanina, Yani ni restok cepat-cepat sebab tak mo kongsi stok F1 dengan hubby, dia punya perisa Dutch Choc, dah muak!! Haritu terpaksa juga ambik 2 scoop sebab dah x de langsung stok Yani, tapi lepas minum menahan tekak jangan muntah....huhu! Taubat tak mo dah...

      Delete
    2. Setakat ni sy kai coklat.xlalu dgn lain2 perisa.nak2 vanilla.

      Best kan herbalife.

      Delete
    3. Amanina dah try perisa tropical fruit dan strawberry tak? Pada Yani sedap je.....tambah2 kalau ada letak buah2an...Herbalife inshaAllah best utk Yani, utk masa skrg la...masa depan tak tahu lagi..

      Delete
    4. Da try.

      Tp xdpt terima.sbb sy hanya guna air 400ml dan 2 scoop f1.sy tak tambah ape2 sbb xnk jd kalori byk.sy mudah lapar.bila lapar mkn buah .kat ctu dah ada penambahan kalori.kena pandai adjust la kan.:-)

      Delete
    5. Betul tu, tapi F1 tu sendiri tak de la banyak sgt kalori..tambah buah2an takkan la naik kalori sampai sama kalori sepinggan nasi dengan lauk pun.... :)

      Delete
    6. Mula2 sy pk mcm awak jgk.cmpur2 ni xdala smpai kalori spt sepinggan nasi.tp berat sy tk turun.statik jea.bncg dgn coach,die ajar mcm tu.sy follow.now,1.2kg akan trn dlm ms 3 hari.sbb tu coach herbalife akan ckp penerimaan individu adala brlainan :-)

      Delete
    7. Ooo..kalau dah coach ajar mcm tu, elok follow je...utk kebaikan diri sendiri juga...huhu! Nanti bila dah sampai target awak, boleh la kot tambah2 buah2an atau oat dlm shake...sementara ni bertabah je la..

      Delete
  2. Saya minum perisa choc + tropical fruit...campur dua2 tu.sedapppp.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Safiyyah pun on Herbalife juga ye? Huhu....bagus2! Dulu Yani rajin campur2 juga...tai skrg lebih suka minum satu perisa dlm satu masa je. Sementara tekak boleh terima ni...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)