15 September 2013

Anak Angkat?

 Sumber Gambar : Google

15 September 2013.

Pagi-pagi semalam kat Astro saluran 106, ada slot Dilema Wanita yang menyentuh isu kawin 10 tahun, tapi belum ada zuriat. Lakonan Vanida Imran, Khir Rahman dan mak Shaheizy Sam tu. Dalam cerita tu, Vanida dan Khir dah kawin 10 tahun tapi masih belum ada anak. Vanida ambil anak/ bayi angkat. Mak mertua dia memang tak suka sebab isu belum ada anak, dan dok cucuk nak lelakinya untuk bercerai dan kawin dengan pilihan hati mak dia, semua sebab nak cucu walaupun Vanida dah ambil anak angkat.

Aku tak berapa ikut sangat keseluruhan cerita tu sebab sibuk blend shake untuk kami suami isteri. By the time aku ke ruang tamu, cerita tu dah habis. Aku tanya mak, apa kesudahan cerita tu? Jadi ke Khir kawin lain atau ceraikan Vanida? Mak cakap mereka tak jadi bercerai sebab Vanida akhirnya mengandung zuriat sendiri. Oh...happy ending rupanya.

Tiba-tiba, masa aku tengah lepak sebelah mak kat sofa, mak boleh tanya soalan maut kat aku.

"Bila mak nak dapat cucu ni?" Siap dengan gaya goncang-goncang tangan kat dada macam kendong baby. 

Lorr.....ingatkan tengok cerita kat tv tu, mak ok. Rupanya tak. Huhu...tapi aku tahu, mak bergurau je.

"Mak ni...baru je tengok cerita tu kan.....takkan la mak nak jadi macam mak mertua perempuan tu?" Aku soal balik mak.

Lepas tu mak sambung "Ambil anak angkat, nak?"

Sudah.
Mak mulakan balik dengan idea ambil anak angkat pada aku. Macam mana ye nak jawap tanpa buat mak tersinggung dengan jawapan aku? 

Lepas tu, mak buka cerita, kakak ipar pada kakak sedara aku baru bersalin anak kecik lepas raya haritu. Suami dia balik ke Kedah dan tak pulang-pulang Melaka dah. Yang isteri ni tak bekerja, anak-anak dah tiga orang (tak pasti yang baru lahir ni no. 3 atau no.4?). Cara mak cakap pada aku, macam nak suruh ambil dan tolong bela anak kakak ipar kepada kakak sedara aku tu.

Telan air liur sekejap.

Memang aku nak anak, tapi buat masa ni, aku ingin cuba usaha sendiri dapatkan zuriat aku dengan hubby. Jauh dalam hati, aku rasa aku boleh conceive cuma perlu dapatkan rawatan. Banyak lagi rawatan dan prosedur kesuburan yang aku belum cuba, aku belum nak menyerah kalah seawal ini. Lainlah kalau semua doktor yang aku jumpa dah buat kesimpulan yang sama; aku betul-betul tak boleh conceive, mungkin cadangan mak tu aku boleh bawa berbincang dengan hubby.

Setahun dua kawin, hubby macam keberatan nak ambil anak angkat. Hubby macam belum bersedia untuk ke arah itu. Ada je kawan-kawan pejabat yang beri cadangan aku ambil anak angkat, tapi aku senyum je; mengia pun tidak, membantah pun tidak.

Masuk je dalam bilik kami, aku ceritakan balik apa yang mak beritahu tadi pada hubby. Hubby tanya, aku dah bersedia ke untuk ambil anak angkat sekarang? Aku terdiam. Lama aku fikir, akhirnya aku cakap "Belum".

Belum bersedia sekarang, bukan bermaksud aku tolak cadangan ambil anak angkat tu sampai bila-bila. Aku nak beri peluang pada diri kami berdua untuk berusaha sedaya upaya untuk tempoh 9-10 tahun tempoh perkahwinan kami. Selepas itu, mungkin idea itu jadi agenda utama kami....inshaAllah!

14 comments:

  1. Akak kan..mak akak tk berapa nak bagi amik anak angkat. plus asben akak pun tak berapa nak setuju. takpe kot.. kita usaha dulu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu KekDa, kita usaha selagi termampu dari segi kewangan dan emosi. Yani tak nak ambil anak angkat atas rasa kasihan dan terpaksa.

      Delete
  2. sabar yer ida... emm.. ida dh pernah try set kesuburan shaklee..
    klu nk try leh pm sy di fb Za Jj

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah Za.... :)
      Ramai yang cadangkan ambil supplemen Shaklee terutamanya untuk kesuburan. Yani target nak turunkan berat badan sampai angka 5, baru fikirkan cadangan utk ke arah itu. Berat badan nak kena capai berat yang sesuai, takut nanti efek pada kesuburan. InshaAllah.....apa-apa Yani roger Za, k?

      Delete
  3. Assalamualaikum..nk tanye..yani pnh cuba EPO kan?ada kesan apa2 tak?saya still xovulate even da smpai 5 series dah berat bdn ni.






















































































































































































    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam...Yani dah start makan EPO sejak awal bulan April 2013. Yani tak de la plak perhati betul-betul kesan EPO sepanjang makan, tapi boleh la dikatakan setiap bulan keluar EWCM (cuma tempoh berapa hari keluar, Yani tak catit, baru-baru ni je kira tempoh EWCM keluar). Period cramp biasa-biasa je takde la sampai sengugut. Bab terasa lembab dan basah kat V tu memang ada terasa sejak makan, before ni macam kering sangat.

      Macam mana Amanina check ovulation? Pakai OPK ye? Yani belum start lagi guna OPK, just check secara manual.

      Delete
    2. pernah 2 bln beli OPK.negatif.stop beli OPK ,tgk scr natural.cecair tak pnh kuar after kawin.prnh terbaca EPO ni bgs merangsang cecair keluar.cecair tu akan watkan sperma tak mati dlm ms 3 hari tak silap.ase nk try EPO










































      Delete
    3. Amanina cubalah makan dulu supplemen EPO, mana tahu boleh membantu. Yani try and error je cuba EPO ni, sebab dulu pernah makan badan naik bagai dipam-pam. Sekarang ni agak terkawal juga la walaupun berat badan macam liat skit nak turun gila-gila macam dulu (before makan Herbalife), mungkin sebab dimakan bersama Herbalife.

      Delete
  4. maafla.sy tak tau nape laptop sy jd enter sendiri.jd space komen panjang ke bwh.mgkn virus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu...takpe. Tadi pelik juga nape jauh sgt scroll ke bawah.... :)

      Delete
  5. Yani, i pun selalu ditanya kenapa x amik ank angkat coz my marriage dah nk dekat sembilan tahun. I pun rasa yg sama mcm yani. I rasa mcm belum habis usaha. Bukan x nk langsung consider, cuma selagi i rasa masih boleh diusahakn, i will try. I selalu doa, if ambil anak angkat is the best option, i minta Allah bukakn hati i for that option. Smg Allah lorongkn kita ke jln yg terbaik... Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu Sweet Tooth....baca tak artikel suratkhabar pasal pasangan India yang dapat anak kembar melalui IVF lepas 13 tahun berkahwin? Sangat-sangat inspiring pada Yani. Cuma Yani berdoa sangat, mak dan mak mertua Yani faham situasi Yani dan suami dan tak pressure sgt pasal nak cucu.....stress tak bagus untuk kita, kan?

      Delete
    2. amiiin utk doa2 kalian, moga urusan dan usaha dipermudahkan :)

      Delete
    3. Terima kasih Ummu Amar...... :)

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)