7 Ogos 2013.
Bersiaran langsung dari rumah mertua di Taman Bukit Chedang, Seremban. Baru je sampai ni, baru habis angkut barang-barang dari kereta ke bilik kami.
Alhamdulillah dapat juga buat kek lobak merah walnut awal pagi tadi, dengan tunjuk ajar mak. Lepas je masak kek dan gosok baju, bergegas ke pasar Masjid Tanah mencari lemang dan ketupat palas. Lemang dapat beli 12 batang, ketupat palas tak nampak batang hidung pun sampai kesudah.
Sampai rumah, masukkan barang dalam kereta hubby, alih kereta aku masuk dalam garaj satu lagi dan mandi sekejap. Dekat-dekat Zuhur, baru bergerak. Dalam perjalanan, singgah dua tiga tempat di sepanjang jalan kampung Alor Gajah nak ke Seremban. Kami ikut jalan lama balik raya, macam biasa. Seronok skit ikut jalan dalam sebab tak mengantuk sangat dapat tengok apa yang ada dijual di tepi-tepi jalan.
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)