26 August 2013

CD33 : Teori Period Aku Sudah Tidak Relevan

27 Ogos 2013.

Entri jam 4.50 pagi :

CD33.
Breast pain masih ada. Kejap terasa, kejap tak. Tempoh breast pain yang agak panjang dari kitaran terdahulu, selalunya 14-15 hari. Ni dah lebih daripada 15 hari.

Lenguh pinggang pun masih ada; sesekali terasa lenguh amat, sesekali terasa badan cergas.

Nampak gaya, kitaran haid macam sama kitaran normal aku yang lain, mungkin akan mencecah 38-41 hari. Tapi yang pelik, simptom nak datang haid makin berlanjutan dan agak lama yang mana kebiasaannya setakat 2 minggu sahaja.

Semalam petang dan malam tadi sebelum tidur, aku rasa loya tekak dan pening kepala. Simptom yang datang dan pergi sepantas kilat. Loya tekak dan pening kepala adalah antara simptom nak period yang aku baru-baru alami sejak kitaran period aku kembali normal ni.

Semalam hari kelapan atau hari terakhir berpuasa ganti. Hari ini inshaAllah aku sambung berpuasa sunat Syawal. Semoga sempat melunaskan hasrat hati sebelum datang bulan.


Entri jam 5.15 pagi :

Tengah-tengah aku buat entri ni, sedang elok je baru habis bersahur pukul 4 lebih tadi, aku terasa macam lain macam je kat bawah. Celet sikit, deng!!! Period ........aaarrghhh!!! Ini betul-betul memainkan hati, perasaan dan jiwa aku ni.....dah siap sahur nak berpuasa sunat, baru period keluar?! Ni baru mula rasa period cramp.

Ketabahan hati, ketabahan hati....ya ampun~

Maka, kitaran lepas adalah sepanjang 33 hari. Hari ini bermula semula CD1 aku. Suka hati dia je nak keluar bila. Jadi, teori 28 hari (kalau makan ubat/ kitaran lepas makan Clomid) dan 38-41 hari (kitaran normal atau tanpa apa-apa ubat) aku dah tak relevan lagi.

Tengok kalender balik, congak-congak....hurm, macam tak sempat je nak tunaikan puasa sunat Syawal ni. Dah suntuk sangat. Hari ni dah 21 Syawal. Period aku lebih kurang 6 - 7 hari. Alahai~

Dah.....aku nak sambung tidur balik!

P/s: Positive thinking...Alhamdulillah, Allah beri kesempatan aku lunaskan kesemua puasa ganti aku sebanyak 8 hari dalam bulan Syawal ni, jadi lepas ni aku boleh fokus buat puasa sunat Isnin dan Khamis sepanjang tahun. Cumanya, Allah belum izinkan aku tunaikan puasa sunat Syawal tahun ni.Mungkin ada hikmah disebalik semua ini.

9 comments:

  1. slm Yani, patutnya kena dahulukan utk pose sunat 6 hari bln syawal hari tu - rugi kalu xkejar (umpama puasa spjg tahun!). Ustaz/ustzh sarankan kalu bdget2 mcm xsempat maka niatkan skali ngan pose ganti tu (sbb byk aral spt jemputan2, period, dan keadaan2 lain). Akak pun slalu buat ganti dlu n pastu pose 6, tp kena bdget dgn time period :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yani sebenarnya dah bajet baik dah sebab anggarkan waktu period nnt awal2 sept nnt..tp tu la, tetiba period dtg awal seminggu. Tp tadi dh tanya kakak2 opis, lega skit dgr jawapan diorunk...bak kata pepatah, kita merancang tapi Allah yang menentukan.. :)

      Delete
    2. Ada pendapat cakap, kalau niat pose sunat, pose sunat jer... kalo niat pose ganti, pose ganti je... sebab x leh campur2 kan niat berdasarkan hadis "Innamal a'malu binniat" (Setiap amalan adalah bergantung pada niatnya). Tapi untuk lebih selamat, niat asing2... kalau nak ganti dulu, pun bagus, sebab ada juga hadis yang kata kena dahulukan yang wajib (x ingat nas dia). But at the same time, ada juga yang dahulukan sunat shawal sebab masa yang terhad, seperti yg Aishah isteri Rasulullah pernah buat. Cuma kalau kita buat yg wajib, harap2 Allah kurniakan ganjaran puasa sunat sekali. Wallahu a'lam... I ni bukan pandai pun... Kalau ada yg salah, harap diperbetulkan statement i ni ya :-)

      Delete
    3. Sweet Tooth, kawan opis Yani pun sebut benda yang sama.... :)

      Delete
  2. yg ni akak dah selalu dengar dari dulu mcm tu.
    dan yg baru ni dengar dari ustaz fadli alyamani kat IKIM. Ustaz kata Islam tak memberatkan kita.. so tak perlu berkejar2 menganti pose sampai terlepas nk pose sunat (kalu dpt ganti dlm bln syawal mmg lagi bagusss). Sbb yg pose sunat ni Hadith sohih. Sori akak bkn tunjuk tau cuma nk kongsi apa yg didengar dari Ustaz je. Yg berpendapat mcm Ustaz Fazli tu lebih ramai dari yg berbeza pendapat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe la Kak Baby, masing2 punye pendapat berasaskan rujukan masing-masing. Thanks sebab sudi sharing ilmu di blog Yani. Pendapat rakan lain pun Yani hormati juga....semoga jadi panduan kita bersama... :)

      Delete
    2. Kak baby, tq for the sharing :-) menambah ilmu utk semua yg baca blog yani :-) tterutamanya i ni... Terima kasih...

      Delete
  3. akak. situasi akak mcm farhah la. period punye cycle makin panjang. tak tau la pasal ape. bulan ni farhah sengaja stop suppliment sebab nak tgk mcm mane. after that, baru sambung balik mkn supplement. semoga akak terus berusaha yep.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farhah, akak punye cycle bukan makin panjang, tapi akak rasa dia memang panjang. Rasanya dulu akak pernah cerita period akak kalau yg keluar normal tanpa makan apa2 ubat, tak banyak dan cepat kering. Ada rakan TTC yg lain bgtau maybe akak punye ketebalan dinding rahim tak tebal dan makan masa untuk capai ketebalan yang sesuai untuk gugur sebagai darah haid. Make sense juga penerangan tu pada akak. Haritu ingat nak stop sekejap makan supplemen EPO, tapi so far masih belum stop lagi. InshaAllah, usaha masih diteruskan, dengan izinNya.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)