06 July 2013

Pembedahan Mak


6 Julai 2013.

Semalam mak ditolak ke bilik bedah jam 9.30 pagi, bibik call dan bagi tahu aku mak baru je masuk dan bibik tunggu di luar. Tak henti-henti mulut berdoa, beristigfar dan membaca surah-surah untuk keselamatan dan kelancaran pembedahan mak. Hati rasa tak keruan, tertunggu-tunggu panggilan dari bibik tentang perkembangan mak di sana.

Tepat jam 12.15 tengahari, aku terus pecut ke GH Melaka. Alhamdulillah, kebetulan di pejabat ada dibuat jamuan makan sempena Awal Ramadhan, banyak makanan dan buah-buahan yang ditempah. Aku ambil sedkit untuk bekal bibik dan aku, aku sendiri tak jamah makanan masa jamuan. Tekak tak boleh nak telan, fikirkan apa cerita mak kat dalam sana. Kesian bibik, rupanya dari pagi tak makan sampai jam 1.00 petang. Aku telefon bibik, suruh keluar sekejap dari bahagian luar bilik bedah. Kami berdua makan di kerusi panjang berhadapan dewan bersalin. Lapar benar bibik, aku suruh habiskan sahaja nasi yang dibawa, bibik kata kepala dah pening rasa nak pitam sebab tak makan apa-apa dari pagi.

Setengah jam lepas tu, adik aku sampai bawa air zam-zam untuk mak. Adik aku telefon kawan dia yang juga doktor yang turut ada dalam dewan bedah mak. Kawan adik aku suruh masuk sekejap tengok keadaan mak. Rupanya mak dah selesai jalani pembedahn jam 1.00 petang tapi masih di tempatkan di kawasan dalam dewan bedah untuk pemantauan doktor bius dan doktor pakar. Adik aku sempat snap gambar mak dan layan mak berbual dalam keadaan mak mamai. Adik aku kata, doktor terpaksa bius satu badan mak (perancangan asal, bius separuh badan sahaja), tapi memandangkan tempoh pembedahan lama, doktor bius satu badan untuk langkah keselamatan mak, takut mak tersedar awal. Lepas aku gerak balik, barulah mak ditolak keluar semula ke wad mak. Jadinya memang tak sempat tatap muka mak.

Aku masuk balik ke pejabat jam 3.00 petang, selesaikan urusan kerja apa yang patut. Jam 5.00 petang gerak semula ke hospital untuk menjenguk mak. Kakak-kakak aku semua ada dah sampai sebelum aku, termasuklah hubby. Mak masih mamai, tapi dapatlah juga berbual sedikit dengan mak. 

Update : Adik bongsu aku whatsapp pagi ni kata mak demam dari malam tadi. Hurm...risau betul hati ni....

6 comments:

  1. Yani, baru bleh tgk blog ni... N baru tau about your mom. I doakan ur mom cepat recover frm the surgery. Dan smg yani juga kuat menghadapi dugaan ini....amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe SweetTooth...thanks atas doa SweetTooth.....amin...

      Delete
  2. semoga ibu cepat sembuh.
    yani pun kena kuat utk support ibu.

    Ya Allah, berikan kesihatan yang berpanjangan kepada ibubapa kami, dan sentiasa berikan mereka keselamatan dunia dan akhirat. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Suri....inshaAllah, Yani pun berdoa agar diberikan kekuatan untuk menghadapi semua dugaan ni dgn hati yg redha dan tenang...

      Delete
  3. Kuatkan hati dan semangat..semoga ibu cept sembuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dan inshaAllah durrothun-nasihah, lama tak dengar khabar durrothun-nasihah.....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)