15 May 2013

Usaha TTC : Tak Semua Orang Faham


15 Mei 2013.

Semalam masa baca komen entry di laman web Oh! Artis tentang Jimmy Shanley dan bekas isteri dia, terbaca satu komen dari pengguna FB macam gambar di atas tu. Bergenang air mata (oh! blame it on Duphaston, dua tiga hari ni mood gloomy!).

Tak semua orang faham perasaan pasangan yang dah lama kahwin tapi belum ada zuriat. Percayalah cakap aku, tak semua. Even adik beradik, mak ayah, apantah lagi saudara mara. In shaa Allah, aku dah lepas fasa "mudah sentap" bila orang bangkitkan isu anak depan aku. Awal perkahwinan sehingga ke setahun lebih kawin tu memang mudah terasa. Boleh jadi meleleh airmata bila dengar orang lain mengandung dan dah bersalin. Benda jadi berterusan sampai ke rumah, dan encik suami jadi tempat luahan perasaan.

Masuk tahun kedua perkahwinan dah mula kurang, mungkin juga sebab kebanyakkan masa dipenuhi dengan kesibukan kerja dan aku fokus pada rawatan di Klinik OnG. Mood sentap tu pun aku elak sipi-sipi je la. Kalau kena-kenalah, kalau tak, relax je la.

Ni dah masuk dua tahun enam bulan kawin, macam dah hilang perasaan sentap tu. In shaa Allah, bila tengok sesiapa; kawan-kawan, adik beradik kawin, mengandung dan bersalin, aku berkongsi kegembiraan. Menumpang kasih sayang pada anak-anak buah. Encik suami pun banyak beri semangat pada aku, tak pernah beri tekanan pada aku. Alhamdulillah, dan terima kasih abang...

10 comments:

  1. betul tu..tak semua yg paham. Even keluarga sendiri.

    Duphaston tu mmg buat mood swing la..sy pun tak suka..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yani ni, selagi boleh elak, Yani elak untuk menjawap..tapi kalau dah sampai borderline tahap kesabaran, memang Yani jawap terus terang. Kadang-kala org nampak salah 'isteri' seorang sahaja, sedangkan isterilah yang paling terbeban dengan tanggapan org sekeliling.

      P/s: Kalau setakat mood swing tu takpe lagi, dah terbiasa..huhu, tapi bila sampai badan sakit-sakit, efek pada emosi sendiri la.

      Delete
  2. aah yani.. yana pon da lepas rasenye fasa cepat sentap pasal anak ni.. ade tu ade, tp xde la seteruk dulu rasanya...hihi..
    rasanya skrg lebih tabah...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila terlalu fokus pada niat nak anak sangat, kita selalu terlepas pandang benda-benda lain dalam hidup kita, betapa ruginya kita. Masih ada perasaan org lain yang kita perlu jaga....

      Delete
  3. Mmg btol yani, after some time, x rasa sgt sentap2 ni...except once in a blue moon hehehe.... Tp mcm i support frm org2 yg terdekt yg bnyk bntu i move on with my life.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Selalunya ada je someone di FB kita yang provoke kita dengan update status pasal progress baby dia, tanya soalan yang hurm....'bodoh', pada dia benda tu biasa je, tapi kita yang terang2an TTC ni rasa serba salah nak jawap sebab nak jaga perhubungan silaturahim....

      Delete
  4. yani on duphaston n clomid utk IUI or SI je? kalau utk IUI good luck ye.. semoga berjaya...
    Sy dah 9 cycle on clomid pernah lekat sekali..tapi bila Allah cakap belum rezeki sy lagi, maka belum lah... misscariage at 8 weeks... skang doc suruh rest dulu dr treatment... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak, bukan untuk IUI atau SI (Apa SI tu ye?...sorry, Yani tak familiar lagi istilah2 ni...my bad!). Cuma doc nak try clomid pada Yani mana tahu ada good feedback, Yani pun ada mention dengan doc, umur dah makin meningkat, so mmg nak proceed conceive.

      Delete
  5. hurmm sue samala.. dlm tahun ni xde lagi kes2 sentap perasaan,jiwakacau ke.. heheh... smua perasaan suam2 kuku je..tpi x taula kalau dtg mood swing..ehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sue, jiwa ttcians ni kalau tak dikacau org, enjoy je dgn famili dan suami...tapi bersedia je la time2 raya nanti...huhu!dgn sedara maranye, dgn kawan2nyer...alahai! Kena belajar jadi 'jiwa kental, telinga kena tahan dan muka manis'....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)