09 April 2013

Mak : Dari GH Melaka Ke Hospital Jasin


9 April 2013.

Baru balik dari Hospital Jasin (7.50 malam), singgah pejabat kejap untuk solat Maghrib.
Hari ni aku terpaksa half day untuk uruskan perpindahan mak dari GH Melaka ke Hospital Jasin, di mana operation fistula (buat tapak dialisis) akan dijalankan. Lepas uruskan urusan discharge mak di kaunter hasil GH Melaka, berkemas barang-barang mak dan bibik. Mak dibawa ke Hospital Jasin dengan ambulans, bibik ikut aku naik kereta sebab memang tak dibenarkan naik sekali bersama.

Perjalanan dari GH Melaka ke Hospital Jasin memakan masa lebih kurang 45 minit, sempat juga bibik aku terlena. Kesian dia, baru dapat lelapkan mata dengan selesa tak seperti di wad, kerap bangun untuk uruskan mak. Sampai di Hospital Jasin, aku uruskan hal admission mak. Mak dah dibawa ke wad A2 oleh staf nurse. Waktu melawat di Hospital Jasin berbeza dari GH Melaka, jam 4.30 petang - 7.30 malam. Jadi aku gunakan masa yang ada untuk duduk lebih lama dengan mak. Doktor ada terangkan apa prosedur yang akan dibuat semasa operation, dan minta tandatangan mak. Disebabkan mak tak bermaya nak tandatangan, doktor ambil cop jari sahaja. 

Masa mak diambil sampel darah, mak menangis kesakitan. Sudah bengkak-bengkak pelipat lengan mak, bayangkan sehari sampai 8 tabung darah diambil. Semua tempat dah dicucuk; pelipat lengan, belakang tapak tangan dan lengan sampai lebam hitam. Aku lari ke luar wad, meleleh airmata kat sudut tepi wad. Kalaulah kesakitan mak boleh dipindahkan pada aku, sumpah aku lebih rela aku yang rasa sakitnya. 

Doktor beritahu, operation akan dibuat jam 10 pagi esok. Kalau semua berjalan lancar, mak akan dipindahkan semula ke GH Melaka untuk tindakan susulan. Doktor cakap, perlu tunggu dua minggu atau lebih untuk tapak dialisis itu 'matang' sebelum kesan tebukan di leher mak ditutup semula. Lepas ini, mak sudah tidak dibenarkan makan aiskrim, minum air kopi dan teh.

Lebih empat kali mak halau aku suruh balik sebab risau aku balik ke rumah seorang diri, jauh pula tu. Tapi aku keraskan hati, aku cakap tak nak aku nak tunggu mak sampai habis waktu melawat.

Status FB adik aku tentang hasil dialisis mak malam tadi. Mak dibawa ke bahagian dialisis untuk cuci darah dari jam 8.00 malam sehingga 12.00 tengah malam tadi.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)