04 March 2013

Perasaan Itu

Ada perkara yang kita boleh luahkan.
Ada perkara yang kita tak terluahkan, hanya mampu pendam dalam hati. 
Tak semua benda kita boleh kongsi rasa dengan suami walaupun dia insan paling dekat dalam hidup kita.
Cukup-cukuplah beban perasaan dia dengan keluh kesah.

Selama ni, cuba mengelak daripada berperasaan dan melayan perasaan tu.
Tapi semalam terdetik juga akhirnya dalam hati.
Dan tergenang juga airmata, cuma tak sempat mengalir ke pipi, cepat-cepat diseka hilang.
Tengok perut perempuan lain memboyot berisi nyawa kecil.
Hati kecil berbisik "Alangkah seronoknya kalau itu aku?"

Jangan...
Jangan layan perasaan tu.
Jangan terdetik dalam hati, persoalkan kerja Tuhan.
Allah tentu sayang aku, sebab tu Dia suruh aku sihat dulu.
Jaga kesihatan, belajar jadi tabah fizikal dan mental.

Rezeki Allah pada aku terlalu banyak.
In shaa Allah, rezeki masih ada bonda, rezeki pasangan hidup, rezeki pekerjaan tetap, rezeki gaji yang stabil, rezeki kaum keluarga disekeliling.
Cuma rezeki zuriat sahaja......
Aku yakin, satu hari  nanti rahim ini akan terisi dengan nyawa kecil.
Zuriat hasil kasih sayang suami dan aku.
Aku yakin.
In shaa Allah, dengan izin Allah.

Jika Allah takdirkan kasih sayang kami tercurah pada anak angkat, in shaa Allah...
Mungkin itu galang ganti rezeki zuriat dariNya kepada kami berdua.

Aku kepingin dipanggil 'ibu', 'mak'...

11 comments:

  1. Yani, i did have that 'moment' a lot! Mmg x leh luahkn sbb x nk hubby pulak susah hati tgk i susah hati pasal ni. I rasa we do need that alone moment. Bukan nk mengeluh, cuma nk melempias rasa yg kadang2 susah nk diungkap dgn kata2. Menangis jln yg terbaik untuk i luahkn rasa tu. After that, lega sgt... And dah boleh senyum kembali :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sweet Tooth: Meleleh airmata masa solat semalam. Tak terucap di mulut masa berdoa lepas solat, rasa tak layak nak meminta-minta padaNya.

      Delete
  2. umie pun melalui perasaan yang sama..Teringin sangat nak ada baby sendiri.teringin nak rasa pengalaman mengandung n melahirkan anak..Cemburu sangat tengok kawan2 preggy n ada anak sendiri..Dapat pegang anak kwn pun dah rasa happy sangat.dalam hati ni tahan je.Slalu pikir kan bagus kalau ini anak sndri..Kdg2 kesian tengok hubby main2 dgn anak saudara..Tah bila impian akan jadi kenyataan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. umie shafizalina : Ye Umie, orang macam kita ni menumpang kasih sayang anak-anak buah/ anak sedara. Yani baca entry di blog Umie pasal anak-anak buah Umie. Kita rasa benda yang sama. Sebab tu setiap kali anak-anak kakak/ abang Yani datang rumah, Yani peluk semua anak buah, cium dan layan mereka....keletah mereka lah pengubat hati Yani yang kosong kesunyian.

      Delete
    2. Betul tu..Anak buah la pengubat hati ni..

      Delete
  3. sedih..faham sgt perasaan tu camne..semoga Allah mendengar doa kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pn.Mieza Fadzly : In shaa Allah...doa2 TTCian doa yg suci dari hati.

      Delete
  4. baru2 ni..adalah semlm.ade sorg member ni yg sesaing dgn kita semua ni...berjaya pregnant.dia hntr msg pd sy melalui fb. sy baca sy menangis.jenuh la hubby pujuk...dgn menangis sy dpt mengadu pd Allah...actually hubby larang sy baca msg kawan ni berulang2 kali.tiapkali sy baca, sy repeat nangis...sy pon teringin nk bergelar seorg ibu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umaira Umar : Tak perlu ambil contoh jauh, kat opis Yani ni pun boleh ambil contoh. Silih berganti pass baton, lepas sorang mengandung, seorang lagi menyambung....bukan tak sedih, bohong lah kalau kata tak sedih...tapi orang faham ke perasaan kita? Kita boleh senyum, tapi hati kita?

      Delete
  5. Saya tau perasaan itu...pedih rase hati xtau nk kata. Bila kat tmpt keje rakan sepejuangan silih berganti pass baton usung perut... Hanya yg lalui tahu perasaan itu.. Hanya ukiran senyum dibibir tp hati hnya Allah yg tahu.. Duhai hati byk kan bersabor...ingat Allah sayang pada kita...tu sbb Dia bg dugaan nie pd org2 yg terpilih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, semoga Allah SWT lindungi hati kita dari sentiasa sedih dan alihkan perasaan itu kepada perasaan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang sedang dirasai...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)