07 February 2013

Rahim Sebelah Kiri Berdenyut

7 Februari 2013.

Post period  - CD 12.
Satu dua hari ni rahim sebelah kiri asyik berdenyut. Sekejap-sekejap.
Sebetulnya, sejak berTTC ni, apa-apa pasal rahim, memang rahim sebelah kiri yang menyahut dulu.
Masa kena urut dulu, nenek yang mengurut tu kata rahim sebelah kiri macam turun/ jatuh sedikit, lepas diurut dia kata dah ok.

Masa makan pil hormon, pil perancang dan pil turun darah pun, rahim sebelah kiri yang galak berdenyut.
So far, rahim sebelah kanan tak ada masalah, maksudnya tak ada la simptom-somptom berdenyut macam yang sebelah kiri ni.

Dan, sehari dua ini ada brown spotting.

Nota : Asyik lapar je dua tiga hari ni, dah lepas period kot? Lainla kalau masa period boleh gak nak salahkan hormon. Ada kaitan tak dengan sekarang ni asyik hujan , sejuk dalam bilik aircond asyik food craving je? Haishh....

10 comments:

  1. rahim belah kiri tu wat keje lebih masa kot. tu yg dok nyut nyut :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eKa;

      Ntah la eKa, kalau dia buat kerja yang elok, takpe la juga. cuma Yani risau kalau itu tanda-tanda tak elok...selalu sangat berdenyut, terkejut-kejut Yani masa tengah buat kerja/meeting.

      Delete
  2. kak,
    sebelum ni pun aida selalu gak berdenyut belah kiri. memang yang belah kiri selalu berdenyut. sebelum tahu diri ni pregnant pun memang belah kiri berdenyut. sampai sekarang ni memang rajin berdenyut..

    aida rasa tak ada apa lah. mungkin dia nk bekerja keras tu untuk baby akak....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aida,

      Harap-harap macam tulah Aida...tgh cuba berfikiran positif sekarang ini.

      Delete
    2. Assalam Aida,
      Awak tgh pregnant ye skrg?so,klu sldenyut dlm rahim tu,xperlu risau eh?eli baru tau pregnant,tp kerap pulak denyutnya..

      Delete
  3. https://www.facebook.com/pages/Ekstrak-Kacip-Fatimah-Johor/683573121666622

    ReplyDelete
  4. thanks....saya dah like page tu, mmg ada perancangan untuk ambil sebagai salah satu usaha TTC saya...

    ReplyDelete
  5. Denyut belah kiri mmg kmgkinan pregnant ye? hehe Klau ye ALHAMDULILLAH 😃😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) entri 3 tahun lepas ni...lepas laps, baru tahu tiub sebelah kiri sempit dan doktor pun kata TTC dengan usaha tiub sebelah kanan je. Kemungkinan berdenyut sebab telur tak lepas keluar sebab laluan sempit...

      Delete
  6. saya melaluiya sekarang..tp tgok pada preg test xda ape2 pon.. baru minggu ni terasa.. apa puncanya ya.. xde tanda2 hormon ibu macam org lain pon..

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)