12 February 2013

Demam Panas La Pulak

12 Februari 2013.
Demam panas di hari terakhir cuti adalah sangat perit. Ditambah pula dengan sakit tekak, selsema sebelah hidung, pakej terbaek.

Nampak bacaan thermometer macam tak tinggi tapi Tuhan saje yang tahu betapa terlepeknya aku sepanjang hari atas katil. Panas di dalam, sejuk kat luar. Terlelap dari jam 2.30 petang sampai jam 6.00 petang, bangun tidur mengelumpur solat Asar dan Zuhur.

Naik turun suhu badan takat tu je la. Tapi tak berani telan panadol, bantai minum air kosong dekat 7 liter, terkencing-kencing dibuatnya, nak kasi suhu badan turun. Redha je la. Suara serak, rock woo....hehe! Terbaring ni sempat juga khatam baca Majalah Rapi, iSihat dan surat khabar 2 hari lepas.

4 comments:

  1. Smg cepat sembuh dear...take care :-)

    ReplyDelete
  2. Sweet Tooth, Umaira Umar & Eida;

    Thanks a lot ye dearest atas doa2 kalian... :)

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)