Temujanji dengan doktor klinik OnG Jumaat lepas, doktor berikan ubat turun darah Provera 5mg untuk dimakan selama seminggu. Itu pun setelah aku maklumkan pada doktor period untuk dua bulan tak turun lepas berhenti makan ubat Progyluton awal bulan Oktober lepas.
Selain tu, aku ada beritahu doktor yang semasa 2 kitaran lepas yang tak turun period tu, seminggu sebelum tarikh jangkaan period memang breast pain sampai ke hari sepatutnya period. Tapi bila sampai tarikh tu,automatik breast pain hilang dan tak keluar apa-apa kecuali kitaran pertama hujung Oktober, ada kesan macam darah period cair secalit dua dalam 1 hari je.
Doktor ada buat prosedur TVS untuk scan rahim dari bawah. Hasilnya, doktor tunjuk pada monitor kecil tu, ada folikel-folikel kecil yang banyak pada rahim sebelah kiri, manakala rahim sebelah kanan bersih.
Doktor cadangkan aku ambil pil Provera ni untuk kali ni sekiranya period tak turun untuk jangka masa 3-4 bulan. Dia kata kalau rasa-rasa dah lama sangat tak period, perlu datang ambil Provera memandangkan fokus aku sekarang adalah nak merancang kehamilan.
Oh, lupa pula, bacaan timbang berat di klinik adalah sebanyak 73.7kg, dimana ada penurunan sebanyak 2kg lagi dari bacaan dahulu iaitu 75.7kg dalam tempoh 2 bulan. Untuk sasaran jangka masa panjang untuk persediaan hamil, doktor sarankan penurunan lagi 10% dari berat sedia ada iaitu sebanyak 7-8kg, dimana bonusnya berkemungkinan kitaran period akan normal semulajadi. InsyaAllah!
Folikel kecik yg banyak tu ape? Telo ke cyst?
ReplyDeleteyani ada juga tanya pada doktor tu, folikel tu apa? sama ke macam cyst? dia kata folikel tu benda normal dalam rahim wanita, dan tak semestinya folikel tu cyst.
Deletekalau rujuk web, definisi folikel diterangkan macam ni:
(Folikel adalah suatu rongga cairan yang normal terdapat dalam ovarium. Pada keadaan normal, folikel yang berisi sel telur ini akan terbuka saat siklus menstruasi untuk melepaskan sel telur. Namun pada beberapa kasus, folikel ini tidak terbuka sehingga menimbulkan bendungan carian yang nantinya akan menjadi kista.)
Salam..lepas u makan provera, berapa hari baru period tu dtg?seminggu selepas mkn provera ke atau lebih dr seminggu slps makan provera? (:
ReplyDeleteKesan ubat hormon depends pada penerimaan badan individu juga...macam saya, lepas stop makan provera, 3-4 hari lepas tu period turun.
DeleteAda apa2 kesan sampingan dak lepas ambil pil provera?
Delete