30 November 2012

Entry Airmata Hari Jumaat

Dua hari ni aku BW ke blog rakan-rakan TTC yang lain. Tujuannya hanya satu, aku mencari kekuatan dan kata-kata semangat yang dikongsikan oleh rakan-rakan TTC yang senasib dengan aku. Entah kenapa dua tiga hari ni aku rasa sunyi. Aku suarakan pada encik suami tentang kesunyian aku ini, dan seperti biasa dibalas dengan kata-kata pujukan seorang suami agar bersabar.

Airmata mengalir deras bila membaca komen-komen rakan TTC, rasa syahdu sangat dalam hati ni.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1. Sabar dan alhamdulillah sebab kita ni pilihan Allah. Daripada berbillion-bilion manusia, Allah nak cuba kita. Bukankah dalam Quran ada beritahu, bahawa Dia tidak akan menduga seseorang hamba-Nya jika dia tahu hamba itu tidak mampu menanggungnya.

2.Muhasabah diri, sepanjang kita hidup berapa banyak yang Allah beri kepada kita dan kenapa kita perlu sedih kerana Allah hanya menarik satu sahaja daripada kita.

3. Setiap kali pergi buat rawatan, jangan hanya doa untuk dapat anak daripada Allah. Tetapi berbicara dalam sujud kepada-Nya untuk Dia berikan kita zuriat yang paling terbaik, beriman dan soleh serta berikan ketabahan dan kekuatan untuk terus menerima dugaan-Nya. Sekiranya ini adalah sebagai suatu dugaan, jadikanlah ini sebagai kafarah dosa kita supaya meringankan beban dosa kita semasa ditimbang nanti.

4. Insya-Allah, pergilah buat rawatan kerana kita tahu jika berjaya, itulah yang terbaik dan jika gagal kali ini, Allah nak beritahu bahawa yang terbaik masih belum tiba masanya. (saya selalu pujuk Mr. Isteri saya, biarlah; anak-anak kita masih syok main kat atas. Kalau dia rindu kat papa dan mama dia akan turun, kalau tidak, dia tunggu kita berdua kat pintu syurga nanti).

Insya-Allah, jika kami berdua sudah 14 tahun sabar menanti, mungkin adik-adik semua diberikan kekuatan untuk sesabar Nabi Muhammad ketika dihina dan dibaling batu di bumi Taif. Yang penting, jangan putus berdoa kepada-Nya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sebak dalam dada membaca luahan hati rakan-rakan TTC yang lebih lama diuji Allah berbanding diri aku ni. 

"Ya Allah, berilah kekuatan yang sama yang dimiliki oleh rakan-rakan TTC yang lain kepada diri hambaMu ini. Aku redha dengan ujian yang Engkau berikan kepada hambaMu ini, dan aku tidak sekali-kali menidakkan KekuasaanMu, kerana aku tahu Engkau sedang merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk hambaMu ini, cuma aku perlu lebih bersabar menunggu saat-saat itu"

3 comments:

  1. Betul dear. Kita antara insan yg terpilih. Kalau kita rs kita give up bila d uji. Orang lain lagi teruk ujiannya. Be strong.ada hikmah d sebalik semua ni.

    ReplyDelete
  2. betul sis sedih sgt bila tgk org lain sng ja dpt baby..Allah nak menguji kita..InsyaAllah kita akan dpt peluang untuk ada zuriat sendiri nanti..InsyaAllah :)..ikhtiar..jgn berputus asa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mieza, Allah tak pernah kejam pada kita, dan jangan pernah beranggapan begitu pada Allah...itu yang selalu yani tanamkan dalam hati. In shaa Allah, kita sama-sama berusaha ye!

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)