29 October 2012

Sambutan Pra Ulangtahun Kedua Di Seremban

Malam Jumaat (malam raya Aidiladha) famili mertua ada buat makan-makan sambut pra ulangtahun ke-2 perkahwinan aku dan encik suami, sekali sambut hari lahir encik suami yang jatuh pada 8 Oktober tempohari. Kalau ikut tarikh sebenar, ulangtahun kami adalah pada hari Isnin (29 Oktober), tapi alang-alang dah ada di sini, kami sambut awal dengan famili mertua. Mula-mula ingat nak sambut kat luar je, tapi mungkin masa tak sesuai, kebanyakan kedai makan tutup (yer la, hari raya haji kan kedai banyak tutup, especially kedai ore kelate!), aku ada juga cadangkan makan di Nasi Arab Damsyik, Senawang tapi mak mertua aku kata tak sedap. Last-last, aku keluar dengan encik suami kejap belah petang sekali keluar dating ke Jusco Seremban 2. Jalan-jalan kejap, lepas tu encik suami ajak gi A&W Seremban (berhadapan dengan Seremban Parade), beli makanan untuk bawa balik.

Sampai rumah sekitar jam 9 malam, masing-masing dah kelaparan. Hehe...alhamdulillah, semua famili belah mertua ada, anak-anak buah pun ada. Seronok juga makan beramai-ramai. Famili mertua siap suruh suap makan kek..kui kui kui!

Gambar raya kami? Tu sekeping je la yang ada (gambar bawah sebelah kanan sekali). Itu pun nasib baik teringat nak ambil gambar, suruh anak buah yang ambilkan.

2 comments:

  1. MIL suh buat adegan suap menyuap? Sporting habis! =)

    ReplyDelete
  2. haah, abang ipar pun dok suruh suap-suap pada encik suami, layankan je la...rasa macam pengantin lagi je..hahaha!

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)