02 October 2012

Bulan Blogger Kesukaan Hamil!

 Sumber Gambar : Blog Kak Neena Anuar

Sumber Gambar : Blog Xiaxue

Bulan September 2012 ni, banyak terima perkhabaran gembira. Tak kisah la dari ahli keluarga ke, kawan-kawan ke, member TTCians ke, malah dari blogger-blogger terkenal. Rasa macam kebetulan pula semua berita gembira diwar-warkan pada bulan September ni!

Awal bulan September tempohari, masa BW di blog Kak Neena Anuar, Kak Neena ada maklumkan tentang kehamilan sulung dia. Walaupun aku baru-baru berjinak BW di blog Kak Neena, aku tumpang gembira sekali sebab dari apa yang aku baca, Kak Neena dah kawin lebih 6 tahun. Rezeki Kak Neena, baru berhijab, Allah beri rezeki anak pula....alhamdulillah!

Blog blogger Singapura yang popular - Xiaxue pun ada announce berita kehamilan dia. Yang ini pun buat aku teruja, Xiaxue rahsiakan berita kehamilannya selama 3 bulan kerana mengikut kepercayaan orang cina. Sekarang Xiaxue dah memasuki trimester kedua, dan dah boleh hebahkan berita gembira ini. Pandai betul Xiaxue sembunyikan perut dia ye?! Hehehe....

Seronok dengar berita orang, insyaAllah...harap-harap lepas ni empunya badan diberi rezeki.....amin!

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)