30 October 2012

Autumn Sensation Macaron


Yeay! Sampai juga benda alah macaron ni walaupun terlewat sehari dari tarikh sepatutnya dia perlu ada kat sini....huhu. Sebenarnya aku tempah macaron ni sempena nak sambut ulangtahun kedua perkahwinan aku dengan encik suami semalam. Tempah pun awal bulan ni, ingatkan dapatlah pada tarikh yang aku dah request, tapi bad timing la pulak, ye la, orang baru start kerja dari cuti raya haji, so delivery part lewat la sedikit. Nevermind la, asalkan sampai.


Ada sedikit penyesalan bila dah telan seketul macaron ni, aku dah telan baru nak semak berapa kalori macaron ni. Aku google, jumpa satu blog ni (Fatihahanapi) yang ada beritahu purata kalori seketul macaron; 184.3 kcal!! Oh emm gee again!! Dalam blog tu ada tulis kalori dalam 1 biji macaron bersamaan segelas susu UHT rendah lemak @ 2 biji limau manis @ 2 biji pisang berangan @ 4 keping pisang goreng.

Alamatnya memang aku kena kurangkan add ons dalam shake aku malam ni, tak boleh lah nak tambah buah-buahan, just blend F1+F3 je la. Aku sebenarnya tengah cuba monitor intake kalori aku sehari, kalau boleh aku nak hadkan semaksimum 1200 kalori sahaja sehari. Yer la, aku ni dah la jenis tak de masa bersenam dalam seminggu, jadi kena lah kawal dari segi intake kalori sehari.

So, baki macaron yang ada lagi 18 ketul lagi ni nak buat apa? Sikit bagi encik suami makan, baki sedekah je la kat budak-budak opis. Terlalu manis untuk makan berdua je.


5 comments:

  1. Ida baru nak cakap... hehe~ yani dok diet minum herbalife.. rugilah makan benda tinggi kalori macam ni... kurangkan ok! ida tak suka macaron ni, manisssssss

    ReplyDelete
  2. yup ieda, nasib baik baru makan seketul tu je. beli pun sebab kat melaka tak pernah jumpa benda ni, kena tempah dari luar melaka.

    haah, sangat-sangat manis uuuu.....huhu!

    ReplyDelete
  3. anna: ye benar...tapi kalau tak salah, ade blog yang ajar buat macaron dengan sukatan gula yang minimum....sesuai untuk tekak kita-kita ni....kena cari ni...

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)