09 July 2012

Simpanan Untuk Kecemasan


Selepas baca artikel dalam Kosmo ni, insyaAllah dalam proses nak menabung sekurang-kurangnya 3 bulan gaji untuk tujuan kecemasan di kemudian hari. Dah habis baca, boleh la dibuat ringkasan bahawa daripada 100% gaji bersih yang kita dapat setiap bulan tu;

70 % - akan digunakan untuk makanan, bayar hutang rumah dan kenderaan serta keperluan berkaitan;
20 % - akan digunakan untuk pelaburan atau pendidikan; dan
10 % - akan digunakan untuk tujuan simpanan dan kecemasan.

Alhamdulillah, sebahagian daripada duit KWSP yang dapat haritu dah aku 'larikan' ke dalam beberapa akaun yang agak susah nak dikeluarkan secara automatik. Kalau tak fikir panjang, sehari pun boleh habis duit sebanyak tu, sedangkan nak kumpul duit sebanyak tu, dekat 7 tahun bekerja; dari kerja sebagai kerani sampai la sekarang dah berstatus tetap dan berpencen.

Mula-mula kawin pun, dah berbincang dengan suami nak menabung untuk keperluan kami suami isteri. Nasib baiklah suami jenis boleh dibawa berbincang dan tak banyak membantah, setiap bulan paling tak sedikit pun, kami cuba kumpulkan duit untuk tabungan bersama. Kalau rezeki lebih bulan tu, lebihlah bahagian untuk tabungan bersama tu. Kalau tak, simpan kadar yang minimum. Betul kata orang, kalau nak harapkan duit sedebuk ada dalam tangan, jangan haraplah! Kalau tak mula menyimpan dari sekarang, pedih kita nanti nak mengadakan duit tu bila kecemasan.

Petik daripada blog MFadhlan berkaitan tajuk Pengurusan Kewangan - Pengagihan Gaji Bulanan;


Pendapatan - Perbelanjaan = Simpanan -> Pengurusan Kewangan yang baik

Pendapatan - Simpanan = Perbelanjaan -> Pengurusan Kewangan yang kurang baik

3 comments:

  1. Betul! Menabung lah .. hehe~

    ReplyDelete
  2. Betul. simpanlah utk hari tua kita...

    ReplyDelete
  3. betul...masih tak terlewat lg kan nak buat..huhu...

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)