16 July 2012

Bibik Lari Lagi...Bagus Sangat La

Berita panas betul-betul baru keluar dari ketuhar.
Baru kejap tadi mak call, bagitahu bibik dah lari. Ikut pintu belakang.
Nak dijadikan cerita, dia terserempak dengan pakcik sedara aku kat kawasan surau taman perumahan aku.
Dia minta tolong hantarkan dia ke jalan utama, tapi pakcik aku tak nak.
Pakcik aku terus datang rumah mak nak maklumkan, dan dia jalan kaki sendiri ke jalan utama.

Lepas tu, ada polis call rumah mak dan tanya kalau kenal bibik tu, dan maklumkan bibik ada kat balai sekarang. Bibik minta polis serahkan dia kat agen semula dan tak nak balik rumah mak lagi. Mak bagi nombor telefon kakak aku, sebab segala urusan pengambilan bibik akak aku yang uruskan selama ni.
Mak kata bibik bawa semua beg baju dia dan tinggalkan sehelai baju hijau dia kat ampaian, tertinggal atau memang niat tak nak bawa.
Aku suruh mak semak kalau-kalau ada duit atau kad ATM yang hilang.
Mak kata mak dah semak, mak ada beritahu, duit mak ada hilang tiga empat keping duit not RM10.
Bagus sangat la tu, pakej...pencuri sekali!

Reaksi aku?
Tak ada apa-apa perasaan.
Kau nak sangat lari? LARI la......ade aku kesah?
Dah la kau buat perangai sebulan sekali terlepek jatuh sakit siap baring-baring atas lantai dapur. 
Tak pasal-pasal aku sekeluarga nak layan ko sakit.

Rupa-rupanya mak cakap, semalam dia ada tanya mak bila kakak aku balik dari Sweden dan macam-macam lagi. Dia tanya boleh tak bulan puasa ni nak balik sekejap ke Indonesia? Raya boleh balik tak? Memang dasar Indon betul......nampak sangat dia memang ada niat nak lari.

Nampak gayanyer raya tahun ni memang mak tak ada bibik dan semua aktiviti rumah kembali seperti biasa, diuruskan oleh anak-anak mak balik. InsyaAllah tak ada masalah, bukannya tak pernah tak ada bibik pun....

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)