25 May 2012

Sebulan Dari Sekarang

Tarikh hari ni 25 Mei 2012, bermakna kurang sebulan dari hari ni, aku bakal menginjak usia 29 tahun. Herm, tahun akhir aku merasai usia 2-series, dah tahun hadapan akan bertukar kepada 3-series. Sibuk bekerja, kadang kala aku terlupa usia dah makin meningkat. Terlupa terus. Tapi bila mak dok tanya bila tarikh hari lahir aku, baru rasa macam tersedar. Eh, dah 29 tahun dah umur aku tahun ni!

Alhamdulillah, pada usia bakal masuk 29 tahun ni, aku masih diberikan kesempatan nikmat bernafas di atas muka bumi Allah ini. Masih diberi peluang melihat mak masih di depan mata dan bersyukur sudah menjadi isteri  yang sah kepada suamiku selama hampir 1 tahun 6 bulan. Cuma masih belum berpeluang diberikan rezeki zuriat. Entah tahun ini atau entahkan tahun depan dan seterusnya. Mungkin Allah ada rancangan lain untuk kami suami isteri pada usia 30-an, insyaAllah. 

Jujurnya, separuh dari diri ini masih belum mahu melepaskan usia 20-an, masih belum puas meneroka kehidupan diri ini, tapi separuh lagi seperti sudah bersedia untuk menghadapi kehidupan usia 30-an. Banyak lagi yang perlu dipelajari dan dinikmati.

3 comments:

  1. i pun tak puas 20s...rasa macam 20s ni 'zaman kegemilangan' gitu...hahaha..

    InsyaAllah ada rezeki..

    ReplyDelete
  2. BnC,

    InsyaAllah, doakan kita semua dimurahkan rezeki anak tahun ni dan seterusnya....

    ReplyDelete
  3. wahh saya tinggal lagi 2 tahu jer nie.. takot nye... hu3

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)