22 May 2012

Kacang Hitam Rebus

Ingat tak hari tu aku ada kongsi tentang petua yang kawan perempuan berbangsa Cina aku beri mengenai kacang hitam. Lepas dapat petua tu, aku mengagau dok cari kacang hitam ni kat kedai. Mak suruh aku cari kat kedai India, sebab benda ni agak familiar dan senang nak jumpa di situ. Ada juga jumpa di JJ, jenis vegeterian punya dan agak mahal.

Akhirnya jumpa juga di Econsave Bandar Baru Sungai Udang, aku beli guna kaedah timbang kilo. Harga agak berpatutan. Tapi takde la sampai-sampai rumah terus rendam sebab masa tu belum datang bulan lagi. Ada cerita sebenarnya pasal period aku bulan ni. Kalau ingat, haritu aku ada mention pasal cycle period bulan Mac yang agak panjang sampai bulan April. So, period kali ini boleh dianggap period ke-2 untuk 3 cycle ubat yang aku makan. Sepatutnya period keluar 11 Mei 2012, kalau ikut kiraan aku la. Tapi 11, 12 Mei tu aku tak ada keluar apa-apa tanda. Memang betul-betul bersih, tak ada brown spotting macam selalu. Masa tu tak de la nak fikir yang bukan-bukan sebab aku macam redha je apa-apa yang terjadi sebab yang penting bagi aku, nak dapat kitaran period yang teratur (walaupun nampak gaya tak mungkin akan teratur kecuali telan ubat hormon, huh...sedih!). Bila duduk lepak tengok tv dengan mak, aku ada cakap kat mak period aku dah lewat 2 hari. Mak siap dah berdoa harap-harap ada berita gembira. Jadi sebak plak tengok mak beriya-iya doa aku berisi kali ni. Lat-lat sehari lepas cakap tu, perut aku rasa tak sedap pastu dah keluar period. Aku berkias dengan mak masa kat dapur....

"Mak, nampaknya kena tunggu bulan depan la nak usaha dapat cucu untuk mak, period dah turun..." aku cakap sambil senyum kat mak. Mak geleng kepala je, siap cakap " Tak de la rezeki mak nak dapat cucu montel kali ni"...Hmmmmm

Tapi yang peliknya, period kali ni singkat betul, 4 hari je dan tak banyak pun. Sikit je keluar, nak penuh satu pad pun ambil masa sehari. Takde ketul-ketul yang besar keluar macam selalu. Hari ke-5 dah kering sepenuhnya. Heran betul aku. Aku pujuk hati aku, mungkin sebab cycle yang lepas dia dah pulun keluar macam pesta sampai dekat sebulan, cycle kali ni tak de apa yang kat dalam rahim tu nak dikeluarkan....kot?

Habis je period, aku mula rendamkan kacang itam tu untuk direbus. So, masuk hari ni dah hari ke-3 aku makan kacang itam dengan air rebusannya sekali. Masa nak makan tu, mak suruh selawat dan niat makan untuk usaha dapatkan rezeki anak. Alhamdulillah, tanggapan aku bahawa kacang tu mesti rasa pelik dan pahit hilang bila dah masuk kat mulut. Sedap la pulak! Rasa macam tak cukup je makan 50 biji sehari. Heheh.....

InsyaAllah, ada baki 3 hari lagi untuk habiskan amalan makan kacang hitam ni. Lepas ni dah niat nak ganti puasa tahun lepas sebanyak 9 hari...aiyoyoo.....bertabahlah nak menggantikan sampai 9 hari!

1 comment:

  1. Ida pun tak datang lagi ni.. Sabar menanti.. huu~~ Ida dah habis ganti.. Last tadi! YEahhhhh!!!~

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)