12 March 2012

Sakit Giler Tang Tu

Sumber gambar : Pak cik Google
Post kali ni mungkin 18sx skit, tapi takpe la, yang baca pun kebanyakkan perempuan kan? Kalau perempuan, mungkin lebih faham masalah perempuan lain juga. Sejak mula balik makan ubat duphaston hujung bulan Februari lepas, dah dekat seminggu lebih breast rasa bengkak dan sensitif macam nak datang bulan. Memang sakit-sakit giler. Nak-nak pula time nak buka baju kecik. Memang bercinta betul. 

Dan, jawapnyer seminggu lebih la memang encik suami tak boleh buat aktiviti lasak sangat. Kesian juga kat dia, tapi perasaan seriau dengan rasa sakit melebihi segala-galanya. Kerap kali aku tersinggung tangan dia, sebab kesakitan bila disentuh. Dan kerap kali juga dia macam merajuk.....kawan tu baru nak bermanja-manja dengan isteri, dah kena sound jangan usik....huhuhu, sorry Abang!

Bila tengok kalendar, baru perasan tarikh jangkaan datang bulan memang dah hampir. Orang bergantung ubat hormon macam aku ni memang terpaksa ikut kitaran ubat, sebab tak boleh nak main agak-agak tarikh semulajadi datang bulan. Sabar je la.

8 comments:

  1. Adoi.. sakitnya.. ngilu je rasakan... Ida pernah jadik sekali je.. pastu lama tak rasa dah sakit sakit gitu...

    ReplyDelete
  2. ngilu dia hanya Tuhan jer la yang tahu, nak-nak part 'tut' tu. rasa berat dan bengkak sgt dua-dua belah breast.

    hari tu, 4 bulan sengaja tinggalkan makan ubat hormon tu, konon nak tgk badan boleh respond tak untuk turun period sendiri tanpa bantuan ubat..last2? nan ado. time tu mmg la tak rasa sakit ke apa ke.

    bila start makan ubat balik, hah..ambik ko! sini sakit, situ sakit. rasa macam pamela anderson plak bile breast ni membengkak ngilu.

    ReplyDelete
  3. salam sis.. sy pun macam sis jugak.. ngah TTC.. now usia perkahwinan da hampir 2 tahun. saya de masalah period.. mmg period sejak azali dtg setahun 2 o 3 kali je. dan selepas kahwin mmg xpernah dtg langsung. pernah jumpa doc but bukan pakar. ni baru nak start jumpa gynee kat hospital sg.buluh.. boleh saya tau ubat hormon ape yg sis makan tiap2 bulan untuk turunkan period tu? dan kalau xmakan ubat tu mmg period sis xkuar ke? terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ubat turun period yang doktor biasa akan prescribe : Duphaston dan Provera..tapi dos kena rujuk doktor, setiap org berbeza cara pengambilannya. Masalah period tak turun kalau tak makan ubat tu berkait juga dengan masalah berat badan. Masa akak makan duphaston / provera tu berat badan berlebihan + obes. Jadi memang itu masalah utama..skrg berat semasa 63+kg, so far period dah datang setiap bulan walaupun jarak CD30-40. Ada masalah berat badan juga ke? Selalu doktor memang advise turunkn berat badan dulu....

      Delete
  4. terima kasih sbb sudi layan soalan sy.. seronok walk in blog org yg TTC cam sy ni. byk info boleh dpt. berat sy 60kg.. dalam golongan masalah berat bdn jugak kot. tapi blom lagi jumpa gynee. ujg tahun ni baru nak jumpa. sblm ni g hospital biase je. doc bg ubat rangsang haid warna biru. xpasti ubat ape. yg pasti bukan pil perancang sbb doc tu mmg larang org ttc cam kite ni tok ambil pil perancang. then dia suh consume ngan clomid. da dua cycle sy try stil xlekat. now da cycle ke3 sy try. mintak2 de la rezeki kali ni.. amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan silap konsep....pil perancang juga salah satu ubat yang Doc beri untuk betulkan kitaran period. Akak dulu Doc beri makan pil perancang Progyluton selama 3 bulan untuk datangkan + betulkan period. Dos Clomid akan berubah / bertambah jika dos clomid yang diberi sedia ada tak membantu untuk conceive...

      Delete
    2. o.yeke kak.. sy xpasti la plak sbb dengar doc ckp camtu kan.. sbb tu penting kita refer pada ramai doc kan.. bukan fokus pada satu2 tempat je.

      Delete
    3. Akak rasa, maksud doktor yang bgtau awak "doc tu mmg larang org ttc cam kite ni tok ambil pil perancang" tu untuk ttcian yang tiada masalah period (sentiasa datang cuma kurang subur/tak ovulate). Tapi kalau untuk ttc yang pcos dan ada simpstom irregular menses (period jarang-jarang, maybe sebab obes) pil perancang salah satu ubat yang diprescribe.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)