13 February 2012

Pati Delima Gulsan dan Kurma Ajwa

Lepas baca beberapa forum dan blog member-member TTC yang lain tempohari, gigih aku mencari pati delima Gulsan ni di merata-rata tempat, terutamanya kedai herba tradisional. Puas mencari di AEON Bandaraya Melaka, tak juga jumpa.

Akhirnya tawakal je pergi cari di kedai herba berhadapan dengan Mydin MITC Melaka, alhamdulillah, jumpa juga. Murah pun murah. Nasib baik tak terburu-buru membeli pati delima ni melalui online tempohari. Malam tu juga aku dah mula minum sesudu pati bersama air. Untuk suami pun aku bancuh segelas juga.

Di kedai yang sama juga, aku beli kurma Ajwa yang juga dikenali sebagai kurma Nabi. Banyak TTCian yang bagitahu, kurma ni elok untuk pemakanan TTCian. Kurma ni agak mahal juga harganya, 100gm bersamaan RM13. Kalau nak beli sekilo, mahu juga RM130. Huhu....ada yang beri petua amalan mengisar kurma Ajwa bersama susu kambing untuk diamalkan suami isteri sebagai persediaan untuk mengandung.


Antara Khasiat Buah Delima ialah:
  • Melawan penyakit gout
  • Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
  • Merawat ‘sinus’
  • Meningkatkan tenaga
  • Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
  • Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
  • Menormalkan fungsi hati
  • Menstabilkan peredaran darah
  • Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
  • Mencuci darah kotor
  • Antioksida yang tinggi
  • Menstabilkan paras kolesterol
  • Mencegah penyakit jantung
  • Mencegah penyakit barah
  • Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
  • Mencantikan kulit
  • Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
  • Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
  • Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
  • Membuang lemak-lemak berlebihan
  • Mencuci buah pinggang dan salur kencing    
Keistimewaan kurma ajwa dibandingkan dengan lain-lain jenis kurma adalah kerana berkat petunjuk dan pengkhususan Rasulullah SAW ke atasnya, sebagaimana baginda telah mengkhususkan jumlah 7 biji di setiap pagi. Keberkatan juga mungkin berasal dari keistimewaan tanah Madinah yang menjadi tempat khas pokok-pokok kurma ajwa. Ia juga mempunyai fadilat seperti menguatkan urat perut, mengendurkan urat saraf dan melembutkan perangai.

8 comments:

  1. Ida pun baru stat minum pati delima ni pgi tadi... memang susah nak jumpa pati delima ni, ida pun kirkim dari mmber TTC gak.. =)

    ReplyDelete
  2. eida,

    tu la pasal, yani memula ingat nak order online kat blogger yang meniaga online. tapi hati ni dok desak2 nak cari juga segera. tu yang dok ronda-ronda kat bandar melaka. tak sangka jumpa juga kat kedai di MITC melaka. Murah lak tu, tapi yani beli sebotol dulu.kalau ok dan serasi dengan badan kami suami isteri, insyaAllah niat nak beli untuk stok sebulan.

    ReplyDelete
  3. salam, berapa harga you beli pati delima tu kt depan MITC melaka. ingat nak try gak la...

    ReplyDelete
  4. Harga dia x konsisten, kadang-kadang naik kadang turun...kalau nak,cuba survey di blog hamilcomel...mungkin boleh dpt harga yang menarik dan berpatutan...

    ReplyDelete
  5. assalam bakal2 ibu sekalian..klu perlukn jus pati delima gulsan boleh order on9 dr sy.sebotol rm15..caj pos rm8 utk sebotol.bli dua botol trus caj pos rm12 shj.boleh COD area shah alam dan bangi..klu puan2 nk sms sy di 0192831099 @ FB sy Anna Mas email:anna.ciwek@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Sila layari blog kami untuk produk dari timur tengah dengan harga berpatutan dan boleh dirunding.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. salam,

    Maaf kerana menulis di blog ini... Untuk Ibu2, bakal2 ibu atau sesiapa sahaja WARGA MELAKA, harga promosi untuk pati delima gulsan = RM 17. Harga hanya untuk COD area MITC, Sekitar Jusco Ayer keroh atau Melaka Mall, Sekitar TESCO atau Jusco Bandaraya, Sekitar Masjid Negeri atau OUM. HARGA HANYA UNTUK C.O.D SAHAJA. Jika berminat boleh hubungi Zaireen Adlina 0196682455. Layari https://www.facebook.com/PatiDelimaAsli.

    * Diskaun jika beli banyak....

    ReplyDelete
  8. As salam. Hubungi 017-2834604 untuk dapatkan pati delima gulsan pada harga rm13 sebotol.

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)