30 January 2012

Sedih Di Dalam Hati

Sejak hari Khamis aku cuti (khamis half day, muka dah bengkak macam chipmunk, jumaat MC sebab jumpa dokotr gigi) sampai semalam, campur hari sabtu ahad la. Cuti pun rasa macam tak cuti sebab tengah sakit. Tahu-tahu jer Isnin dah kena kerja semula. (owh, kemana hilangnya semangat Happy Monday aku selama ni?).

Khamis tu juga mood aku dah jatuh merundum. Brown spotting dah keluar pada pantylinear aku.  Mula-mula sedikit je, antara nampak tak nampak. Tapi semakin hari, semakin kerap brown spotting tu keluar. Hati aku meronta-ronta macam nak menjerit. Sabtu pula, dari brown spotting, dah mula keluar sedikit macam darah, tapi tak banyak, cuma secalit. Tak ada rasa cramp kat bahagian perut macam biasa kalau datang bulan. Spotting tu pun keluar cuma bila tahan buang air kecil. Bila cakap kat suami, suami cakap takpe, mungkin boleh usaha lagi nanti.


Entah la, bohonglah kalau aku kata aku tak sedih. Sedih sangat-sangat. Bila dok fikir, aku menangis. Masa cakap dengan suami, aku menangis. Bila cakap dengan adik aku yang tengah mengandung, aku menangis. 

Masuk opis, aku ambik masa blog hopping blog TTC yang lain. Alhamdulillah, terubat juga kesedihan hati bila membaca entry-entry mereka semua. Aku rasa aku dalam keadaan yang paling teruk sekali, tapi bila baca kisah hidup orang lain, aku rasa aku masih boleh dianggap terlalu awal untuk kecewa dengan dugaan hidup ni. Orang lain diduga bertahun-tahun untuk dapat zuriat sendiri. Ada yang dah dikurniakan zuriat, ada yang sedang mengandung dan ada yang masih lagi dalam fasa berusaha. Siapalah aku untuk merintih sedangkan dugaan aku tak sebesar mana lagi?

Semalam genap 1 tahun 3 bulan aku menjadi isteri. Aku akui, aku bahagia. Sebetulnya sangat bahagia menjadi isteri kepada seorang lelaki yang betul-betul sayangkan aku. Yang dapat terima keadaan aku seadanya. Yang dapat terima kebaikan dan keburukan diri aku sehingga ke saat ini. Yang selalu tenangkan hati aku setiap kali aku ucapkan "Ida nak sangat mengandungkan anak abang" dengan perkataan "Abg tahu sayang, abang boleh tunggu sayang mengandung anak kita".

2 comments:

  1. tak apa.
    jangan sedih-sedih kak
    ada ramai kawan ttc yang sedia mendengar dan membantu akak..

    salam perkenalan kak..

    ReplyDelete
  2. dahlia sayang,

    terima kasih...salam perkenalan juga utk dahlia sayang. mood sedih tu bukan selalu datang, tapi once dia dah datang, jiwa sensitif pada semua isu, terutamanya bab zuriat.

    sebenarnya rasa sangat bersyukur dan gembira jumpa secara tak sengaja blog TTCian yang lain masa blog hopping haritu. lama-lama seronok dan perasaan 'saya tak keseorangan' timbul.

    dahlia, beza perkahwinan kita cuma 20 hari je kan?

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)