Gambar hiasan |
Ada dua tiga orang kawan di opis yang pergi berurut dengan nenek ni berhasil mendapat anak selepas beberapa kali sesi berurut. Mungkin bukan sepenuhnya hasil berurut tapi mungkin penyebab untuk mudah lekat. Rasanya tak salah berurut, selain niat untuk kuatkan rahim, dapat juga memperelokkan bahagian badan yang dirasakan sudah makin lemau. Nak harap bersenam, rasa-rasanya makan masa juga. Memanglah lepas jumpa doktor dietitian tempohari, dah pasang niat nak bersenam dengan berjogging. Siap sms kat suami, lepas ni nak cari kasut sukan khas untuk bersenam, tak kisah la mahal asalkan dapat menguatkan lagi usaha nak menguruskan badan ni. Tapi ni dah seminggu, bayang-bayang nak jejak kaki ke kedai kasut atau peralatan sukan tak muncul-muncul juga..haish! Hehehe...
Sambung balik pasal berurut ni, sabtu tu ke rumah nenek ni dengan kawan-kawan. Berkongsi kereta, seawal jam 8 pagi dah berkumpul di rumah kakak kawan opis. Dok peratikan jalan, nak hafal, manalah tahu kalau-kalau nak pergi sendiri nanti, takde la menyusahkan kawan. Alhamdulillah, senang nak ingat jalan ke sana. Sampai je kat rumah nenek tu, dia ajak masuk rumah dan terus ke bilik tempat dia selalu mengurut orang. Segan juga kena londehkan seluar slack depan kawan-kawan, sebab nak menyenangkan nenek tu mengurut sampai ke pangkal ari-ari.
Ramah juga la nenek ni, kebetulan dia bekas bidan dari umur dia 20 tahun, banyak pengalaman dia dan dia suka bercerita pengalaman-pengalaman dia masa tengah mengurut. Nenek ni bagitahu rahim aku tak bermasalah, malah boleh senang lekat. Cuma kena berpantang beberapa perkara, misalnya pantang jangan makan rebung (oh, ini salah satu makanan kegemaran aku!), nenas, cili api, ais, air tebu dan air kelapa. Kalau kuat berpantang, cepatlah dapat hasilnya. Kalau tak, lambat skit la nak nampak hasilnya. Tangan nenek ni sedap betul mengurut. Nenek tu pun ada cakap, perut aku tak keras dan senang nak urut. Masa nenek ni mengurut cari urat peranakan aku, dia kata urat tu agak terbenam sedikit, tu yang menyebabkan rahim aku senang terlipat dan susah nak lekat. Salah satu puncanya, lemak kat bahagian aria-ari tu tebal, almaklumlah aku kan jenis badan berisi. Dan inilah salah satu faktor aku kena bersenam. Nenek tu ajar teknik nak kurangkan lemak kat bahagian perut tu, lebih kepada sit-up cuma tak perlulah angkat kaki masa naikkan badan/kepala tu, cuma kena tahan badan seberapa lama yang kita mampu. InsyaAllah, urat peranakan tu akan timbul dan lemak-lemak kat bahagian tu akan pecah.
Esok pun insyaAllah aku cadang nak ke rumah nenek ni lagi, bertemankan kakak opis yang lain. Berurut ni tak boleh buat sekali, kena selalu dan kena rajin, baru nampak hasilnya.
P/S: Sejam dua lepas berurut dengan nenek ni, masih boleh bergelak ketawa...tapi bila dah petang, bahagian bawah perut dah mula rasa sakit-sakit, haaa......padan muka! Membongkok juga la badan menahan sakit. Sms kat kawan, dia kata mungkin sebab baru mula-mula berurut, badan baru nak serasi...hehehe! Redha je la...
P/S: Sejam dua lepas berurut dengan nenek ni, masih boleh bergelak ketawa...tapi bila dah petang, bahagian bawah perut dah mula rasa sakit-sakit, haaa......padan muka! Membongkok juga la badan menahan sakit. Sms kat kawan, dia kata mungkin sebab baru mula-mula berurut, badan baru nak serasi...hehehe! Redha je la...
bole bagitau kat mana awak berurut? saya pun dok Melaka gak. TQ
ReplyDeleteraudhatul,
ReplyDeletesaya g berurut di Kampung Solok Gaung, Tiang Dua. Nama nenek tu Nek Kiah, agak popular juga la di kalangan member-member opis yang bercadang nak dapat anak dan tambah anak.
Raudhatul tinggal di mana?
Saya baru baru ni pun pergi kat tempat Mak Kiah.....nak tau awak jadi pregnant tak? Berapa sesi awak pergi?
ReplyDeleteDah lama tak pergi mengurut kat Nek Kiah, Cik Anon...dari 17 September 2011 hingga Januari 2012, lepas tu teruskan dengan rawatan klinik OnG dan Herbalife....mmg nak sambung balik mengurut, tapi masa tak mengizinkan.....dan saya belum pregnant lagi. :)
DeleteReally not easy huh...berapa bayaran untuk setiap sesi?
ReplyDelete:)
DeleteRezeki masing-masing.
Bayaran ikut berapa kita rasa berpatutan.